Sama seperti lipas, kehadiran cicak di rumah boleh buat anda geli-geleman! Namun jangan bimbang, kerana kami ada petua berkesan untuk halau cicak dari rumah buat selama-selamanya. 

Sebut sahaja tentang cicak, reptilia ini sudah tidak asing lagi  dengan masalah yang dibawa ke kediaman anda. Eeee…..memang tak selesa dibuatnya. Pastinya anda terbayangkan najis dan telur cicak ini yang bukan sahaja menjadikan rumah anda  kotor, malah boleh mengundang penyakit yang tidak diingini seperti Samonella.

Ini bukan sahaja membuatkan rumah anda berbau busuk malah menjejaskan tahap kesihatan anda sekeluarga terutamanya kanak-kanak. Sebelum anda cuba sebarang cara daripada sumber semulajadi ataupun bahan kimia untuk mengatasi masalah cicak ini, terdapat beberapa langkah pencegahan utama yang anda boleh lakukan bagi mengatasi punca utama masalah reptilia ini.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda 12 petua paling berkesan halau cicak dari rumah.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat petua-petua ini.

Kenali keluarga cicak

Sebelum kita lihat petua-petua ini, apa kata kita kenali dulu jenis-jenis cicak yang selalu kita dengar.

  • Cicak tokek

Cicak tokek atau Tokay Gecko merupakan spesis cicak yang berasal dari Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Habitat asal reptilia ini ialah Hutan Hujan tropika kerana ia gemar duduk di pohon-pohon yang tinggi serta cuaca yang panas dan lembab.

Cicak tokek cukup sinonim dengan harga yang tinggi kerana jika dijual, ia boleh mencecah harga puluhan ribu Ringgit. Enzim dari air liur reptilia  ini dipercayai mampu merawat AIDS, barah dan Influeza H1N1. Namun, masih tidak dapat dibuktikan kepastiannya.

  • Cicak kobeng

Cicak kobeng katanya merupakan sub-spesis Chameleon atau sumpah-sumpah/ sesumpah. Ia juga turut dikenali sebagai Wild Gecko. Tubuhnya kecil dan kurus seakan-akan cicak rumah. Reptilia ini garang dan bergerak dengan pantas.

  • Cicak rumah

Inilah reptilia yang sering berkeliaran di rumah anda dan mengundang penyakit. Bagi mereka yang fobia, memang boleh histeria dibuatnya. Walaupun saiznya kecil, kehadiran cicak sangat tidak disenangi kerana najisnya bersepah dan sukar dicuci apabila sudah kering.

Cicak ini biasanya menyorok pada waktu siang dan keluar untuk mencari makanan di waktu malam. Ia juga mudah menyesuaikan diri dan merupakan haiwan pemangsa bagi serangga seperti lalat dan labah-labah. Selain itu, cicak rumah adalah tidak agresif jika dibandingkan  dengan spesis cicak yang lain.

1. Pastikan tiada sumber makanan yang terdedah 

Ini merupakan cara yang paling mudah namun sering dipandang ringan. Sumber makanan yang terdedah sangat disukai cicak dan akan menyebabkan lebih banyak cicak yang membiak di kawasan rumah anda. Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dan bersihkan peralatan dapur selepas memasak. Bersihkan meja makan dan jangan lupa untuk tutup tong sampah.

Sisa makanan akan mengundang lalat dan semut  dan secara tidak lansung menarik perhatian cicak kerana serangga merupakan salah satu sumber makanan reptilia ini!. Jadi sebelum anda hapuskan cicak, periksa rumah anda untuk pastikan tiada serangga perosak yang lain.

Anda boleh cuba petua mesra alam untuk hapuskan serangga perosak atau anda juga boleh dapatkan khidmat pakar untuk masalah yang lebih serius.

2. Tutup sebarang rekahan pada pintu, tingkap atau dinding

Jika anda perhatikan, cicak biasanya akan muncul dari sebarang rekahan atau celahan pada tingkap, pintu dan dinding rumah. Rekahan kecil ini mungkin tidak menjadi masalah kepada anda selagi tidak memudaratkan anda, tetapi rekahan-rekahan ini  merupakan “pintu masuk’ mudah bagi cicak untuk masuk ke dalam kawasan rumah anda. Selain itu, haiwan ini juga boleh menyembunyikan diri di celah-celah rekahan.

Tutup sebarang rekahan atau celahan yang ada dan yang berpotensi untuk dimasuki cicak menggunakan silikon atau Urethane. Anda boleh tutup bahagian atas dan bawah pintu rumah menggunakan pita penghalang. Cara ini juga boleh menghalang serangga-serangga lain dari masuk ke dalam rumah. 

Di samping itu, anda juga boleh letakkan jaring di bahagian-bahagian rumah seperti laluan keluar masuk udara. Anda bukan sahaja telah berjaya menutup ruang masuk yang berpotensi bagi cicak, ruang rumah anda juga akan kelihatan lebih kemas dan lebih kukuh.

3. Pelihara kucing

Haiwan peliharaan yang comel ini bukan sahaja mampu memberi ketenangan malah kucing mempunyai naluri memburu dan walaupun secara tidak langsung, perkara ini boleh mengurangkan populasi cicak di rumah anda.

Namun begitu, anda harus ingat bahawa cicak mempunyai parasit yang merbahaya terhadap kucing kesayangan anda. Parasit ini dikenali sebagai Liver Flutes. Apabila parasit ini menyerang hempedu si comel,  ia akan menyebabkan keradangan hati yang boleh membawa maut.

Jika anda memilih untuk cara menghalau cicak dengan cara yang lebih semulajadi, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan hanya dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di sekitar anda. Kebanyakan daripada bahan ini boleh didapati di dapur.

Baca juga : Ais Kotor atau Bersih? Ini Beza Ais Kiub Jernih dan Keruh

4. Kulit telur

Kulit telur merupakan antara langkah yang paling popular untuk menghalau cicak dari rumah anda. Anda juga boleh gunakan telur burung puyuh. Walaupun nampak remeh, sebenarnya terdapat sebab yang tersendiri mengapa kulit telur boleh digunakan untuk menghalau cicak.

Dengan menggunakan kulit telur yang diletakkan di sekitar kawasan rumah di mana cicak sering dilihat, ia boleh menghalau cicak dari kawasan tersebut. Secara teknikal, kulit telur mengandungi bahan sulfur yang akan memberi kesan terbakar pada ruang abdomen cicak. Bau sulfur daripada kulit telur juga seolah-olah menyerupai paruh burung iaitu pemangsa yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan ia tidak akan berani untuk menjejaki kawasan itu lagi. Gantikan kulit telur setiap tiga minggu.

5. Bawang merah

Bawang merah bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi  juga boleh digunakan sebagai salah satu cara yang mesra alam untuk menghalau cicak. Bawang merah boleh dipotong, atau dikisar dan diletakkan di tempat yang disukai cicak.

Kandungan bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik akan membuatkan cicak tidak gemar dan akan menghindari kawasan itu. Selain itu, anda boleh gunakan bawang putih sebagai alternatif.

6. Cuka, lemon dan serbuk cili

Cicak tidak menggemari bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.

Ini cara-caranya :

  • campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili.
  • kemudian, larutkan dengan cuka dan air.
  • masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut sebati.
  • semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.

7. Gunakan semburan serai wangi

Jika anda ingin mengekalkan bau yang segar pada ruangan rumah anda dan pada masa yang sama menghalau cicak, ada boleh gunakan semburan serai wangi.

Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan tetapi mempunyai bau yang lebih kuat tetapi tidak boleh dimakan. Bau serai wangi yang kuat ini berkesan bagi menghalau binatang perosak termasuklah cicak di kawasan rumah anda.

8. Gunakan serai makan

Jika mendapatkan semburan serai wangi agak susah bagi anda, apa kata anda gunakan sahaja bahan masakan yang tidak asing lagi iaitu serai. Sedikit fakta menarik, terdapat kajian yang dilakukan yang membukti keberkesanan serai ini sebagai penghalau nyamuk.

Nyamuk merupakan salah satu sumber makanan cicak dan dengan berkurangnya bilangan nyamuk di kawasan rumah anda, ia akan menyukarkan cicak untuk membiak kerana ketiadaan sumber makanan.

Caranya, ambik beberapa batang serai yang disiat-siat dan letakkan di sekitar ruang kawasan rumah anda. Selain itu , anda boleh gunakan minyak pati serai kerana ia mendatangkan hasil yang sama.

9. Kopi dan tembakau

Jika cara lain tidak berjaya untuk menghalau cicak, gunakan petua ini untuk membunuh reptilia tersebut!

Ini cara-caranya:

  • Campurkan serbuk kopi dan tembakau, kemudian bentukkan seperti bebola kecil.
  • Gunakan pencungkil gigi dan lekatkan bebola kecil ini pada pencungkil gigi.
  • Letakkan bebola kecil ini di sekitar kawasan rumah yang selalu ada cicak kerana reptilia ini kerana tertarik dengan bau campuran ini.
  • Serbuk tembakau merupakan racun kepada cicak dan akan menyebabkan cicak mati.

Terdapat beberapa alternatif lain yang boleh dicuba bagi mereka yang inginkan kesan yang lebih cepat.

10. Semburan penghalau cicak

Semburan penghalau cicak atau lizard repellent boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Semburan ini perlu dilakukan di ruang yang berpotensi untuk dimasuki cicak dan kerana ini akan menyebabkan cicak menjauhi kawasan tersebut. Selain jenis semburan, penghalau cicak juga terdapat dalam jenis elektronik.

11. Gam tikus

empty glue mousetrap on old brown packing paper

Anda boleh membuat perangkap buatan sendiri dengan menggunakan gam tikus. Caranya cukup mudah, gunakan kertas keras atau kotak dan sapukan gam di atas kertas itu. Letakkan kertas yang sudah disapu dengan gam tersebut pada kawasan yang kerap menjadi laluan cicak. Cicak akan melekat pada gam ini dan tidak boleh melepaskan diri.

Perangkap ini juga boleh digantung pada siling dan juga dinding. Namun begitu, perangkap ini tidak boleh dibiarkan lama dan perlu dibuang dengan segera apabila cicak sudah melekat kerana dikhuatiri cicak yang sudah mati akan mengeluarkan bau yang sangat busuk di kawasan rumah.

12. Ubat gegat (Naphtalene)

Letakkan ubat gegat pada almari atau kabinet di rumah anda. Bau yang dihasilkan oleh ubat gegat ini tidak disukai oleh cicak dan akan menghindarkan mereka dari kawasan tersebut.

Ubat gegat kebiasaannya dalam bentuk bebola yang berwarna-warni jadi anda perlu berhati-hati supaya meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak kerana dikhuatiri disangkakan gula-gula oleh kanak-kanak.

Baca juga : Mandi Air Sejuk atau Panas, Mana Lebih Baik?

Terdapat pelbagai cara untuk anda menghalau cicak sama ada melalui langkah pencegahan, secara semulajadi atau produk komersial. Pilih cara yang anda rasa sesuai dengan keselesaan anda dan jangan lupa kongsikan keberkesanannya dengan kami!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge