Pernah beberapa kali berangkat ke Indonesia di atas urusan bisnis. Ada ketikanya ke Indonesia sebulan sekali. Dan ada beberapa tempat yang perlu dilalui untuk pertemuan-pertemuan yang telah dirancang. Namun, laluan trip kali ini agak jauh dan cuma mengambil masa empat hari di empat bandar.

Awal pagi sudah di KLIA2 dengan bagasi tangan sahaja bagi memudahkan urusan pergerakan dan pantas. Kali ini Air Asia menjadi pilihan penerbangan dari KLIA2 ke Jogjakarta. Penerbangan mengambil masa sekitar dua jam tiga puluh minit.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, kami terus menuju ke Pondok Pesantren Sulaimaniyah cawangan Jogjakarta. Ia terletak di Jl. Seruni No.8 Karangasem Caturtunggal Depok Sleman Yogyakarta. Menempatkan pelajar-pelajar tahfiz yang belajar dalam pelbagai bidang mencakupi pelajaran keagamaan dan pelajaran umum yang berhubungan dengan pendidikan formal.

Rehat seketika bersama secawan kopi cordyceps. Bagi yang menyukai campuran kopi arabica dan cordyceps istimewa ini, boleh juga dapatkan sekotak Codi Cafe.

Kemudian, lewat petang ke Surakarta atau juga dikenali dengan nama Solo. Penginapan malam di Aziza Hotel yang dicadangkan kepada kami cukup bagus. Konsep Islamik Hotel yang sudah pasti dicari-cari oleh ramai orang yang sudah tentunya orang Muslim.

Ruang bilik yang selesa dan kelengkapan yang cukup bagi kami dua orang. Kelajuan internet di sini amat memuaskan, berbeza di sesetengah hotel di Malaysia. Cuma apabila di Indonesia, disarankan untuk membeli bekalan air mineral juga jika ingin memasak air minuman panas.

Bagi yang ingin menginap di Hotel Aziza ini, boleh terus ke:Address: Jalan Kapten Mulyadi No.115, Pasar Kliwon, Jawa Tengah 57116, IndonesiaPhone:+62 271 7890555

Selepas sarapan pagi, kami menuju ke Madrasah Isy Karima yang terletak di Jl. Solo – Tawangmangu. Di dalam perjalanan, terdapat beberapa lokasi yang dapat dilihat seperti Keraton Surakarta. 

Keraton Surakarta adalah istana resmi Kasunanan Surakarta yang terletak di Kota Surakarta, Jawa Tengah. Keraton ini didirikan oleh Susuhunan Pakubuwana II pada tahun 1744 sebagai pengganti Istana atau Keraton Kartasura.

Pasar Klewer juga berdekatan sahaja dengan Hotel Aziza. Terdapat pelbagai jenis barang-barang yang dijual di situ. Umpama ‘uptown’ yang sesak dengan orang membeli-belah sehingga tengah malam.

Ada juga kisah di Solo ini di mana popularnya dahulu sebuah lagu yang diberi nama Stasiun Balapan. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pemuda menghantar kekasihnya ke Stasiun Balapan. Janjinya hanya sebentar sahaja tetapi lama-kelamaan tidak pulang kembali. Kesedihan pemuda itu dirasai dengan menantu di Stasiun  Balapan Solo tersebut.

Lagu Stasiun Balapan Solo

Perjalanan ke Madrasah Isy Karima

Kemudian, kami meneruskan perjalanan darat ke Madrasah Isy Karima. Suasana yang menghijau dan sejuk dapat dirasakan sepanjang perjalanan. Penduduk di Solo ini kebanyakannya berniaga dan bercucuk tanam. Cuaca yang dingin boleh dikatakan seperti di Cameron Highlands tetapi agak panas selepas waktu tengahari. Tersergam indah nampak Gunung Lawu yang boleh dilihat dari jauh.

Madrasah Isy Karima ini juga menempatkan pelajar-pelajar tahfiz yang merupakan program pendidikan setingkat Diploma II dengan masa pendidikan selama 2 tahun. Pelbagai program juga yang diterapkan seperti dakwah di beberapa kawasan berhampiran Karangpandan, Ngargoyoso, dan Tawangmangu.

Selesai urusan, kami terus ke Lapangan Terbang Internasional Adi Sumarmo dan ini merupakan kali pertama penulis menaiki pesawat Lion Air.

Lokasi seterusnya adalah Surabaya. Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit dengan pesawat baru Lion Air tersebut. Malam kedua, penginapan adalah di Best Western Papilio Hotel yang terletak di Jalan A Yani. Bertaraf 4 bintang, harganya tidaklah mahal untuk bilik deluxe iaitu kira-kira Rp500,000++.

Cuaca di Surabaya agak panas dari di Solo dan keadaannya lebih kurang sahaja di Malaysia. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Malang untuk urusan bersama rakan di Universitas Islam Negeri Malang.

Perjalanan darat lancar melalui jalanraya yang juga melewati tol. Cuaca hujan lebat ketika menghampiri Malang dan kemudiannya kami berehat untuk merasai keenakan masakan kepiting atau ketam Rumah Makan Kepiting Cak Gundul.

Alamatnya di Jl. Raya Kasri KM 48, Pandaan, Pasuruan, Jawa Timur. Jus alpokat menjadi pilihan dan ketam juga popular dimasak masam manis.

Makanan yang terkenal di Malang adalah bakso dan soto. Boleh merasai sendiri sarapan atau makan petang menu ini. Pastikan kedai yang bersih dan yakin halal dari peniaga di Malang. Rekemendasi dari rakan yang mengetahui lokasi restoren juga amat digalakkan.

Kami bermalam di rumah salah sebuah rakan di Karanglo. Terdapat juga beberapa buah hotel murah di sekeliling kawasan tersebut. Kedai serbaneka seperti Indomart banyak terdapat di tepi-tepi jalan di mana anda juga boleh membeli makanan atau minuman ringan.

Hari seterusnya kami berpusing-pusing di sekitar Kota Malang dan seterusnya kembali ke Surabaya kerana menaiki pesawat di sana. Juanda International Airport di Surabaya agak ketat pemeriksaannya dan pastikan jika anda ingin kembai ke negara, mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Jika lebih muatan beg tangan, pastikan anda sediakan bagasi terlebih dahulu untuk memudahkan proses perjalanan.

4 hari 3 malam untuk empat buah kota, masa yang agak singkat untuk berlibur. Kali ini hadir untuk urusan bisnis yang sudah ditetapkan pertemuannya, barangkali akan datang boleh hadir untuk mengelilingi lokasi-lokasi yang menarik terutamanya di Solo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge