duit ringgit malaysia

Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.

Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.

Ar-Rahman, Ar-Rahim, Ar-Razzaq, nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Tetapi bila menyebut soal rezeki, ramai akan bersangka dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda. Padahal rezeki itu ada pelbagai jenis.

Duit Gaji

Rezeki-rezeki yang Allah telah tetapkan untuk setiap manusia.

  • 1 – Rezeki Yang Telah Dijamin

“Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Q.S.11:6)

  • 2 – Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Q.S.53:39)

  • 3 – Rezeki Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Q.S.14:7)

  • 4 – Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq: 2)

jongkong emas
  • 5 – Rezeki Kerana Istighfar

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta.” (QS. 71: 10-11)

*Nabi SAW beristighfar sekurang-kuarangnya 100 kali tiap hari.

  • 6 – Rezeki Kerana Menikah

“Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.” (QS. an-Nur: 32)

  • 7 – Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (QS. al-Isra 31)

Pengantin baru
  • 8 – Rezeki Kerana Sedekah

“Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar.” (QS. Al Baqarah 245)

  • 9 – Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai.

Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

  • 10 – Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

“Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim – Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge