Khasiat Ayam Kampung

Ayam antara makanan yang menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia tanpa mengira bangsa. Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan daripada ayam, sama ada secara kukus, goreng, bakar mahupun panggang.

Namun, tahukah anda mengenai ayam kampung dan kebaikannya?

Mengenali ayam kampung

Bagi mereka yang mungkin tidak pernah melihat ayam kampung, ayam ini merupakan ayam yang diternak dalam jumlah kecil, dan lazimnya ayam ini mempunyai bulu pelepah berwarna merah-hitam, dan sekali pandang, warnanya seperti kecoklatan.

Kebiasaannya ayam kampung ini dipelihara secara tradisional untuk daging dan telur dan kadar pengeluarannya adalah lebih rendah berbanding ayam komersial lain.

Ayam Kampung Apakah Khasiatnya

Selalunya ayam kampung betina yang diternak untuk telurnya, akan menghasilkan sekitar 55 biji hingga 100 biji telur setiap tahun dengan purata berat bagi sebiji telur adalah sekitar 39g.

Untuk menentukan kualiti telur ayam kampung ini, ia adalah berdasarkan kepada cara pengeraman telur tersebut.

Manakala ayam kampung yang diternak untuk mendapatkan dagingnya, ia perlu mencapai berat minimum sekitar 1kg hingga 1.5kg.

Sebelum ini, ketika ayam kampung masih lagi belum diternak secara besar-besaran untuk pasaran komersial, harga ayam kampung ini adalah lebih tinggi berbanding ayam daging komersial lain.

Namun, kini ayam kampung boleh didapatkan dengan harga yang lebih berpatutan di pasaran tempatan.

ternak ayam kampung

Kebaikan ayam kampung

Kita selalu mendengar ada yang mengatakan bahawa ayam kampung merupakan satu makanan yang baik untuk kesihatan?

Namun apakah kebaikan untuk kesihatan yang boleh diperolehi daripada ayam kampung?

Sebenarnya, manfaat dan kebaikan yang ditawarkan oleh ayam kampung adalah terletak kepada daging dan juga telur yang dihasilkan. Umumnya, berbanding daging ayam yang diternak secara komersial, daging ayam kampung adalah kurang berlemak dan lebih sihat.

Namun, dari segi tekstur, anda pasti akan lebih menyukai daging ayam ternak komersial kerana daging ayam kampung adalah lebih liat tetapi ia dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis.

Manfaat kesihatan yang terbaik pada ayam kampung adalah terletak kepada telur yang dihasilkan.

Ini kerana, jika dibandingkan dengan telur ayam biasa yang boleh anda beli di pasar raya mahupun di kedai runcit, telur ayam kampung mempunyai kuantiti omega-3 yang lebih tinggi, malah ia juga tinggi kandungan mineral dan vitamin.

Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi kualiti telur ayam kampung ini seperti jenis makanan yang diberikan, cara atau kaedah penternakan yang digunakan serta faktor kebebasan bergerak yang diberikan.

Perbezaan kualiti telur dapat dilihat melalui warna telur kuning serta ketebalan kulit telurnya.

Telur ayam biasa yang diternak secara komersial, mempunyai kuning telur yang berwarna lebih pudar dan kulit telurnya juga lebih nipis.

Manakala kuning telur bagi telur ayam kampung adalah mempunyai warna kuningnya yang lebih terang serta ketebalan kulit telur yang lebih tebal.

Telur ayam kampung dikatakan mempunyai omega-3 yang terbukti dapat mencegah dan menghindari penyakit jantung, merendahkan tahap kolesterol serta tekanan darah tinggi dan jumlah lemak asid omega-3 telur ayamnya adalah lebih banyak berbanding telur ayam biasa.

ayam kampung

Bahagian ayam tinggi protein

Ayam adalah salah satu bahan makanan dengan sumber protein yang paling sering digunakan.

Namun, bahagian ayam iaitu dada ayam, paha atas, paha bawah dan juga sayap; setiap bahagian ayam ini ternyata memiliki kandungan protein dan lemak yang berbeza.

Berikut adalah penjelasan mengenai bahagian ayam dan kandungan proteinnya:

  • Bahagian dada

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Dalam 100g dada ayam tanpa kulit yang sudah matang mengandungi 31g protein.

Dalam 100g dada ayam juga mengandung 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak.

Daging dada inilah yang paling popular bagi ahli sukan yang ingin membentuk tubuh lebih berotot dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini disebabkan daging ini tinggi protein, tetapi kalorinya tidak terlalu besar berbanding bahagian ayam yang lain.

  • Bahagian paha atas

Paha atas ayam biasanya lebih murah berbanding dada ayam. Dalam 100g paha atas tanpa kulit dan tulang, terdapat sebanyak 26g protein.

Paha atas ini juga mengandungi 209 kalori dalam 100g. Daripada kalori tersebut, 53% berasal daripada protein, dan bakinya sekitar 47% berasal daripada lemak.

Warna daripada bahagian ini biasanya sedikit lebih gelap berbanding bahagian dada, kerana bahagian ini adalah bahagian yang aktif bergerak dan mengandungi lebih banyak mioglobin (Mb), yang merupakan gabungan zat besi dan oksigen yang mengikat protein, ia terdapat dalam tisu otot vertebrata secara umumnya dan terdapat dalam hampir semua mamalia.

Meskipun lebih gelap, bahagian ini termasuk bahagian ayam yang paling disukai ramai orang.

  • Bahagian paha bawah (drumstick)

Bahagian yang lebih bawah pada paha ayam disebut sebagai ini kebiasaannya dipanggil drumstick.

Bentuk potongan ayam ini memang menyerupai pukulan drum yang sedikit menggendut.

Dalam 100g bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3g protein, dan 172 kalori.

Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak.

Mungkin anda bertanya-tanya bagaimana pengiraan kalorinya menunjukkan lebih banyak protein, sedangkan bahagian ini terkenal dengan lemaknya.

Ini kerana kandungan tersebut mengambil kira bahagian otot atau dagingnya tanpa mengira kulitnya sekali.

Hakikatnya, kebanyakan orang akan makan bukan sekadar dagingnya sahaja, malah bahagian kulit yang melapisinya.

Jika demikian kalorinya lebih tinggi. Satu bahagian paha ayam drumstick beserta tulang dan kulitnya boleh mengandungi 112 kalori, dengan 53% berasal daripada protein, dan 47% berasal daripada lemak. Lemak dan proteinnya tidak jauh berbeza, bukan?

  • Bahagian kepak

Dalam 100g kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5g protein dan 203 kalori.

64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak.

Namun, kebanyakan orang tidak memakan dagingnya saja pada bahagian kepak ini kerana kandungan dagingnya sangat sedikit. Kebanyakan orang akan makan kulit yang melapisinya juga.

Satu kepak ayam bersaiz sederhana mengandungi 99 kalori, dengan 39 % berasal daripada protein, dan 61% berasal daripada lemak.

Bahagian kepak memang lebih banyak kulit dan tulang, berbanding daging atau ototnya.

Oleh itu, kalori daripada lemak kepak ayam lebih besar kerana kulitnya memang banyak.

ayam kampung gebu

Berikut adalah beberapa cara penyediaan ayam:

1. Panggang

Memanggang ayam dalam ketuhar adalah salah satu cara yang paling sihat dan paling popular untuk memasak ayam. Pelbagai bahan boleh diletakkan untuk memerap ayam.

Sama ada herba segar atau kering, garam, lada, sayuran, atau ramuan rempah sendiri.

2. Menggunakan slow cooker

Slow cooker boleh membantu anda memasak ayam dengan sihat.

Hasil akhirnya adalah daging ayam yang lembut, berair dan penuh rasa. Anda boleh memasak ayam keseluruhannya atau mereneh sup dengan mengisi air hingga 2 inci di bawah bahagian atas.

Seperti ayam masak selama beberapa jam, air akan berubah menjadi sup yang kaya mineral. Anda juga boleh memasak pelbagai keping ayam dalam periuk slow cooker anda, bersama-sama dengan pilihan sayur-sayuran anda.

3. Mereneh sup

Daripada membeli dan memanaskan tin sup, buat sup sendiri untuk hidangan yang sihat dan enak.

Selepas memasak ayam keseluruhan dalam periuk perlahan atau periuk besar di atas dapur, anda boleh menggunakan beberapa potongan ayam ditambah beberapa kuah buatan sendiri untuk membuat sup.

Dapatkan variasi dan tambah pelbagai kombinasi sayuran untuk sup anda, seperti brokoli, kacang hijau, bawang, bawang putih, lada, zucchini, squash, wortel, pasli, bit, kubis dan saderi.

4. Stir-fry

Ayam yang dimasak stir fry bersama sayur-sayuran boleh menjadi hidangan makanan yang cepat dan mudah.

Anda boleh mendapatkan ayam yang siap dipotong nipis untuk dimasak dengan sayur-sayuran bersama sedikit minyak dalam kuali leper.

5. Kaserol

Kaserol atau casserole adalah hidangan makanan dalam pot kaserol yang dibakar dalam ketuhar.

Hidangan seperti ayam adalah komponen ideal dalam kaserol, di samping sayur-sayuran segar seperti brokoli, kembang kol, bayam, bawang, bawang putih, dan lobak merah.

ayam kampung segar

Kesimpulannya memakan ayam kampung yang diternak secara organik pastinya merupakan pilihan yang terbaik untuk diambil dalam diet pemilihan makanan harian anda.

Namun, mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan ayam kampung, anda masih boleh memilih untuk mengambil ayam yang diternak secara komersial tetapi pastikan cara penyediaannya adalah dengan cara yang sihat dan pastikan anda juga bergilir untuk mengambil ikan sebagai hidangan makanan anda kerana agar badan anda memperolehi khasiat daripada kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge