asma harun

Sesuatu yang menarik untuk dibaca dan dikongsi. Nama Ustazah Asma’ Harun kini meniti di bibir-bibir muslimat majoritinya. Sering membuat live perkongsian ilmu di laman media sosial

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.

36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.

Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.

Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam alQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.

Keluarga Ustazah Asma Harun

Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.

Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri² walaupun ketika itu dah lapar (pandai²lah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama ², kena buat² lapar 🤭.

Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak² hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke 10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa² lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam² makanan daripada gerai yang sangat banyak.

Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana², taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak² berjalan walaupun tempat sama sahaja. Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik². Semua wajib ikut walaupun dah besar.

Ustazah Asma Harun ceramah

Kerana memahami kesibukan emak sebagai guru dan menguruskan anak² yang ramai, ayah ambil peranan memasak hampir setiap hari. Asalnya ayah tak pandai masak, tapi belajar melalui emak sehingga jadi chef yang terbaik bagi kami. Sikap toleransi yang tinggi diantara emak ayah menjadi inspirasi kami.

Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah, sehingga waktu tengok TV pun semua wajib ada bersama. Moga kami kekal saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.

Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.

Baca juga : Ustazah Asma Harun | Buku Kembara Menuju ALLAH

Keluarga Ustazah Asma Harun 1

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang² Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.

Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.

Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah ☺️. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. ❤️

Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.

Kembara Ustazah Asma Harun

SubhanAllah, hanya Allah sebaik² yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.

Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan. 😊

SubhanAllah, saya hanya orang biasa² sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.

Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian .

*Gambar 18 tahun yang lepas.

Asma’ binti Harun

#CatatanHariLahir
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge