Temco Napoh

Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di 4 mukim yang terjejas susulan penambahan 11 kes aktif COVID-19 bagi kluster Sivasanggara, hari ini.

Antara Mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.

Perlaksanaan TEMCO di Kedah adalah di kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

Kluster Napoh

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Ia melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian.

Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Sivagangga

Dalam perkembangan sama, pihak MKN negeri juga turut menetapkan guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.

Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO turut tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.

Sementara itu, kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya dibenarkan bagi guru yang tinggal dan mengajar di luar kawasan terbabit selain pihak yang terlibat dalam ‘essential services’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge