Pinjaman peribadi BSN

Peruntukan yang menguntungkan untuk penggunaan digital yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 menunjukkan bahawa kerajaan secara aktif mendorong lebih banyak perniagaan tempatan untuk bergerak progresif ke bidang teknologi digital.

Kerajaan akan memberikan 50% geran padanan sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat untuk langganan perkhidmatan di atas. Geran padanan ini bernilai RM500 juta selama 5 tahun, terhad kepada 100,000 PKS pertama yang memohon untuk menaik taraf sistem mereka.

Adakah anda masih lagi berurusan dan beroperasi secara manual? Selaras dengan Belanjawan 2020, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan anda!

JAPEN GERAN PADANAN PENDIGITALAN 2

Ciri-Ciri Geran

Amaun Geran Padanan Pendigitalan PKS sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.

Tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.

Terdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti dibawah:

  1. Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer RelationshipManagement (CRM)
  3. Pemasaran Digital / Jualan
  4. Perolehan
  5. Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6. Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  7. E-Dagang

Kelayakan PKS

PKS yang memenuhi kriteria di bawah adalah layak dan digalakkan untuk memohon:

  1. Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
  2. Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS;
  3. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  4. Bagi syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut; dan
  5. Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua (2) tahun sebelum secara berturut. (jualan tahunan).
Cara Mohon Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.

  • Borang aplikasi Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan.
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan).
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Profil PKS (jika ada).
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
Borang Mohon Inisiatif Pendigitalan PKS

Muat Turun Borang Permohonan Insiatif Pendigitalan PKS

Langkah Permohonan

1.PKS hendaklah berhubung dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel).
2.PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana – mana cawangan Bank.
3.Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.
4.Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.
 
*Notis: Hanya PKS dibenarkan untuk melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana – mana cawangan Bank ataupun melalui emel rasmi syarikat. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan kepada pihak Bank adalah tidak dibenarkan

Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.

Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.

Cara Menghantar Borang

Anda boleh menghantar melalui kaunter BSN yang terdekat atau secara emel di :

Johor : [email protected]
Kedah : [email protected]
Kelantan : [email protected]
Melaka : [email protected]
Sembilan : [email protected]
Pahang : [email protected]
Perak : [email protected]
Pulau Pinang : [email protected]
Sabah : [email protected]
Sarawak : [email protected]
Selangor : [email protected]
Terengganu : [email protected]
P. Kuala Lumpur : [email protected]
Micro HQ : [email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Pendigitalan PKS / Geran Padanan Pendigitalan PKS ini, sila hubungi:

BSN (Bank Simpanan Nasional) : 1-300-88-190

SME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad) : 03 – 2603 7700

Anda juga boleh follow Facebook BSN Malaysia untuk mendapatkan info serta maklumat terkini tentang inisiatif ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge