Thermal temperature

Virus korona adalah kebimbangan masyarakat dunia pada ketika ini.

Pada penghujung tahun 2019, seantero dunia dikejutkan dengan berita penyebaran virus korona di sekitar China dan beberapa buah negara jiran yang lain di sekitarnya. 

Persoalannya, virus korona itu apa? Dan bilakah ia mula merebak?

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis virus korona, termasuklah:

  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)
virus korona bahaya

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan 2 jenis virus korona baharu iaitu dan SARS-CoV dan MERS-CoV, yang dikatakan menjadi dalang kepada 2 jenis penyakit berkaitan sistem pernafasan yang teruk, seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

Di China, virus ini dikatakan telah menyerang ramai individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wuhan, China Selatan. Berikut kronologi virus korona yang anda perlu tahu.

penyakit bahaya

Kronologi virus korona yang melanda

31 Disember 2019

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diberitahu autoriti negara China bahawa sejenis wabak yang menyebabkan penyakit radang paru-paru telah tersebar di negara terbabit. 

Setelah disiasat, wabak ini dikatakan bermula dari sebuah pasar ikan yang terletak di bandar Wuhan, China Tengah.

1 Januari 2020

Pasar ikan yang dipercayai menyebarkan virus ini telah ditutup. Ketika ini, tiada jangkitan antara individu dicatatkan. Dipercayai, virus ini tidak boleh disebarkan dari individu ke individu. Namun, kajian lanjutan masih lagi dijalankan.

7 Januari 2020

Pihak berkuasa China telah mengesahkan wabak ini disebabkan oleh virus korona baharu iaitu nCov. Turut dinyatakan bahawa mereka telah menemui sejenis virus yang baharu dalam kategori virus korona. Virus baharu ini dinamakan sebagai 2019-nCoV buat sementara waktu.

9 Januari 2020

Autoriti China telah memberitahu pihak media bahawa punca kepada penyakit radang paru-paru yang berlaku di negara itu adalah disebabkan oleh virus korona yang baharu itu. Mereka turut mendedahkan bahawa virus korona yang terbaharu ini adalah sedikit berbeza karekteristiknya berbanding yang pernah ditemui sebelum ini.

11 Januari 2020

Kematian pertama akibat virus ini telah disahkan pihak berkuasa China. Mereka menyatakan jumlah pesakit yang terkena wabak ini adalah seramai 41 orang.

12 Januari 2020

Kerajaan China telah berkongsi genetik virus korona ini, yang sangat penting untuk usaha negara lain mencipta kit diagnostik spesifik bagi mengesan virus ini.

13 Januari 2020

Dikatakan virus ini tersebar ke luar negara China. Pihak berkuasa Thailand melaporkan seorang wanita China dari Wuhan telah masuk ke negara itu pada 8 Januari dan dimasukkan ke hospital akibat simptom wabak tersebut. 

Setelah disiasat, didapati wanita itu pernah mengalami demam, sakit tekak dan pening kepala sejak 5 Januari lagi.

16 Januari 2020

Jepun mengesahkan virus korona baharu ini telah ditemui di Jepun. Seorang lelaki Jepun didapati positif virus selepas melawat kota Wuhan di China dan dimasukkan ke hospital sejak 10 Januari lagi. 

Pada hari yang sama, autoriti China telah mengesahkan seorang warga emas berusia 61 tahun meninggal dunia akibat masalah pernafasan yang didalangi oleh virus korona. 

17 Januari 2020

Seorang lagi warga emas yang berusia 69 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai kerana jangkitan wabak ini. Kematian mendiang menjadikan kes kematian akibat wabak ini bertambah menjadi 3 orang.

Pada hari yang sama juga, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menjalankan ujian saringan terhadap pelancong yang tiba dari Wuhan di 3 lapangan terbang utama iaitu New York’s JFK, San Francisco dan Los Angeles.

20 Januari 2020

Lebih dari 200 kes mengenai jangkitan kes ini telah dicatatkan dan kawasan yang paling teruk terjejas adalah kawasan utara Beijing, timur Shanghai dan selatan Shenzhen, China.

Apa yang membimbangkan, virus ini telah mula tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepun dan beberapa buah negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Di Amerika, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital akibat mempunyai simptom wabak ini selepas pulang melancong dari Wuhan, China ketika wabak ini mula berlaku.

Sehingga tarikh 20 Januari sahaja, kira-kira 291 kes telah dicatatkan, menurut laporan CNN.

Jadi, kita perlu lebih berjaga-jaga dengan mengetahui dan mengenali virus ini sekiranya ia tular ke Malaysia.

Virus Korona

Simptom virus korona baharu

Seperti yang telah diterangkan, virus korona adalah sejenis virus yang akan menyerang sistem respiratori haiwan mamalia, termasuklah manusia. 

Bagaimana untuk tahu jika ia mungkin dijangkiti oleh anda? Perhatikan simptom-simptom berikut:

  • Demam
  • Selesema
  • Hidung tersumbat
  • Bersin
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas
  • Kepenatan
  • Asma bertambah buruk

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, ia mungkin tanda anda dijangkiti penyakit demam yang biasa sahaja. Namun, ia juga mungkin tanda anda mungkin diserang wabak virus korona yang baharu ini. Jadi, sila berjaga-jaga, terutamanya jika anda baru sahaja pulang dari melancong ke negara yang terlibat dengan virus korona ini.

Sebaiknya kita lebih berhati-hati dan membaca lebih banyak mengenai virus korona ini agar kita lebih bersedia seandainya wabak ini menyerang kita satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge