Melayu Bangkit

Dulu kita sering mendengar dakwaan sesetengah pihak menyatakan yang Melayu itu malas. Ramai yang marah dengan kenyataan tersebut, malah ada juga yang mengakui akan perkara itu.

Tapi daripada siapa dan bagaimana kenyataan itu boleh timbul?

Secara asasnya, terdapat pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membantu golongan Melayu dan Bumiputera agar dapat bersaing dalam sektor ekonomi dengan lebih baik.

Tindakan tersebut dikatakan meminggirkan orang Cina dan India sehinggakan dasar-dasar yang dibentuk didakwa bersifat tidak adil dan patut dimansuh sepenuhnya.

Menurut kajian “Educational Patterns in Colonial Malaya”, dakwaan tersebut tidak benar kerana banyak kajian dilakukan di mana masalah utama orang Melayu bukanlah disebabkan sikap malas.

Tetapi disebabkan masalah kekangan yang secara tidak sengaja dalam aspek pendidikan menyebabkan orang Melayu ketinggalan berbanding Cina dan India.

Peta Gugusan Pulau Pulau Muslimin Melayu Raya

Populasi Tanah Melayu semasa kemerdekaan

Sekitar tahun 1957, populasi Tanah Melayu mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah penduduk sekitar anggaran 6.28 juta orang.

50% daripadanya adalah orang Melayu dan kaum pribumi, 37% orang Cina, 11% orang India dan selebihnya merupakan pecahan etnik mewakili komuniti Pakistan, Ceylon, Thai serta Eurasia.

Kedatangan pendatang Cina dan India ke Tanah Melayu menyebabkan perubahan populasi di mana majoriti pendatang hanya untuk bekerja sebelum kembali ke negara asal mereka.

Namun, statistik pada 1957 menunjukkan 3/4 daripada jumlah orang Cina dan 2/3 daripada orang India yang ada di Tanah Melayu, lahir di Tanah Melayu.

orang melayu kampung nelayan

Berikutan kewujudan komuniti Cina dan India dalam jumlah yang besar, British telah memperkenalkan sistem pendidikan berasaskan kaum di mana ia selaras mengikut sistem British iaitu 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun menengah rendah dan 2 tahun menengah atas dengan penggunaan bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris menjadi pengantar mengikut aliran sekolah.

Namun, sekolah peringkat menengah yang dibuka hanya melibatkan pendidikan dalam aliran Inggeris dan Cina sahaja, dengan majoriti pelajar menyambung pendidikan dalam sekolah beraliran Inggeris.

Ini adalah faktor utama mengapa majoriti orang Melayu ketika itu hanya menamatkan pendidikan mereka setakat darjah 6 sahaja.

kampung nelayan melayu

Ramai gagal meneruskan pengajian menengah

Maklumat berkaitan pendidikan rendah sehingga 1957 menunjukkan orang Melayu mempunyai kadar paling tinggi berjaya menamatkan persekolahan sekolah rendah, meninggalkan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun, sejauh mana Melayu ketinggalan kajian menunjukkan hanya 24% sahaja yang menyambung pelajaran ke peringkat menengah, sementara peratusan Cina dan India pula lebih tinggi iaitu 37%.

Inilah isu utama yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan sejak sekian lama.

Masalah utama yang menyekat orang Melayu daripada menyambung pelajaran adalah disebabkan ketiadaan sekolah menengah yang berhampiran dengan tempat mereka tinggal.

Selain itu, kurang minat atau tidak layak menyambung pengajian aliran Inggeris juga menjadi penghalang.

sekolah melayu lama

Dilihat juga prestasi pelajar Melayu ketika itu adalah sama dengan pelajar Cina dan India yang berjaya menyertai sekolah peringkat seterusnya. Tetapi sistem pendidikan zaman tersebut memaksa golongan Melayu berhenti belajar.

Kekangan itu dipercayai dalam dua bentuk iaitu ketiadaan akses ke sekolah peringkat menengah yang sesuai serta keperluan menyertai sekolah rendah aliran Inggeris sebagai pra-syarat bagi meneruskan pengajian di sekolah menengah aliran Inggeris.

Orang Melayu pada ketika itu lebih gemar kekal dalam sekolah rendah aliran Melayu.

Mengambil kira kemajuan di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Perak, pencapaian orang Melayu dalam pendidikan direkodkan jauh lebih baik berbanding kaum Cina dan India.

Tetapi, apabila ramai Melayu yang tercicir di peringkat menengah, ia juga menyebabkan kadar pelajar Melayu yang tidak menyambung pelajaran adalah tinggi.

Wahai Melayu
sumber gambar : Malaysiakini

Ini bermakna mitos yang menyifatkan sikap malas orang Melayu yang kerap kali di popularkan British sebenarnya tidak benar.

Malah sistem yang dibangunkan British membolehkan kaum Cina dan India lebih maju ke depan dalam pendidikan, kerana pada dasarnya dua kaum itu lebih mesra British dan lebih terbuka untuk menurut apa saja sistem yang diperkenalkan British pada mereka.

Berikutan rendahnya penglibatan orang Melayu yang menyambung pengajian ke aliran Inggeris sekolah menengah, akhirnya kaum Melayu dituduh malas belajar, kerana tidak sanggup bersusah payah bersaing dengan kaum lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge