duit ringgit malaysia

Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun sehingga 15 Jun 2020.

Permohonan Rayuan GKP perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tiada permohonan Rayuan GKP secara manual di cawangancawangan LHDNM.

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Baca update terkini : Permohonan Baru dan Rayuan RM3000 Geran Khas Prihatin 2.0, Oktober 2020

Geran Khas Prihatin GKP LHDN

Permohonan Rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut;

i. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP;
ii. Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama;
iii. Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020; atau
iv. Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP adalah tidak dibenarkan. Tempoh permohonan GKP telah ditutup pada 15 Mei 2020 (Jumaat). Tiada permohonan baharu GKP dalam tempoh Rayuan GKP.

Baca juga : Cara Mohon dan Semakan Status Geran Khas Prihatin RM3000

Dokumen Sokongan Mohon Geran Khas Prihatin GKP

Semakan status permohonan Rayuan GKP boleh dibuat mulai 22 Jun 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).

Pembayaran permohonan Rayuan GKP akan dibuat mulai 29 Jun 2020 (Isnin).

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

80 Comments

  1. Selamat pagi
    Saya Irene Lee A/p prom ban dit , dari pasir mas kelantan. Saya ejen insurans am Dan suami mekanik motor. Kami mempunyai ssm , tetapi tidak sempat mohon gkp. Saya tersilap isi di bantuan lain untuk orang yang tiada ssm Hari itu. Apabila Saya ingin mohon gkp online, ia telah ditutup. Adakah Saya masih boleh membuat rayuan ? Jika ya, bagaimana caranya

      1. saya tidak sempat membuat rayuan, adakah saya masih boleh membuat rayuan?

      2. Saya berharap akan dibuka lagi untuk peruntukan GKP ini untuk permohonan rayuan. sebab masih banyak yang amat memerlukan masih tidak layak untuk mendapat peruntukan ini. saya salah seorang ibu tunggal yg bekerja serta menjalan peniagaan kecil-kecilan secara onlice mahupun berjaja. tapi tak layak pemohonan ini..Terima kasih..

          1. Author

            Tarikh untuk buat rayuan pun dah lepas cikpuan

      3. Asslmkm, bagaimana nak mohon rayuan yr

    1. Sy tak sempat nak mohon tahu2 dah tutup permohonan. Boleh ke bukak balik permohonan

    2. sy tak sempat buat rayuan ada kah saya masih dapat buat rayuan lgi

      1. Author

        Proses rayuan GKP 2.0 sudah berakhir. Mungkin diharapkan jika ada seterusnya. Perlu alert dengan berita semasa juga

  2. saya mempunyai 2 ssm, semasa membuat rayuan, saya tersilap masukkan dokumen company A ke borang company B.. dan saya telah submit rayuan tersebut.. bagaimana nak perbetulkan ya?

  3. Sy cuba utk log in permohonan gkp sblm tarikh ttp tp tdk dpt kerana alasan yg diberikan jwpn utk poskod dan bandar tidak sah.Setiap tahun sy mempebaharui ssm dan tiada masalah.Call lhdn tk berjwb…

    1. Gkp yg gagal kredit. Setelah dikemaskini. Bila bole dapat ya

          1. Saya harap diberi peluang sekali lagi untuk memohon gkp sebab terlepas untuk mengisi masa kali pertama

        1. Ssm suami Lulus tapi gagal kredit. Kena kemaskini saving account…
          Tapi suami bankruptcy..
          Semua personal account sudah tutup kecuali company account.. bgmn untuk Wang tersebut

      1. Salam, boleh tak share macam mana boleh kemaskini akaun bank nombor? Dalam soalan lazim di laman GKP, pemohon kena kemaskini di laman GKP, tapi tak nampak pon tempat yang dibenarkan kemaskini.

  4. Saya cuba untuk daftar masuk, kerana tercicir dan tidak sempat mendaftar sebarang akaun untuk permohonan GKP. Apabila saya cuba untuk daftar masuk, ada notis dibawah mengatakan tarikh sudah ditutup. Sedangkan rayuan boleh dibuat sehingga 15.06.2020. Kenapa ya?

    1. Author

      Permohonan baru dah ditutup. Hanya rayuan sahaja yang dibuat sehingga 15hb

      1. Saya telah hantar permohonan GKP, sebelum tarikh tutup, apabila saya check status selepas 1/6/20 Saya didapati tahu, tiada rekod, dan saya Cuba tanya pada pegawai LDHN , mereka kata, mereka pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu.
        Apa harus saya buat untuk permohonan saya. Harap pihak Tuan dapat membantu . Terima kasih.

    2. saya nak tanya…gkp lulus tetapi gagal credit….selepas account update…bila pembayaran dibuat ??

        1. Hi.. Situasi yg sama untk akaun saya.. Saya dah update no akaun bank yg aktif.. Bilakah bayaran akan dibuat semula.. Terima kasih

  5. Permohonan saya tidak diluluskan sebab tidak bedaftar dalam lhdn/ssm .saya bedaftar lhdn. saya mendapat tahu bahawa rakan peniaga lain Lulus menerima bantuan GKP walapun tidak bedaftar lhdn/ssm. Sila nyatakan sebab dan akibat?

  6. Salam Tn , sy telah tertekan summit tanpa sempat membuat pembetulan lg…..minta bantu sy kerana esok tarikh tamat rayuan. sy cuba cal LHDN dan MOF tiada dapat bercakap dgn pegawai…..talian sibuk…..minta Tn bantu sy ……sy amat terkesan semasa PKP ini…..terima kasih

  7. sy dah mohon gerak khas tapi masih tiada jawapan

    1. Sy dh mohon GKP tp pelik kenapa takde jawapan. Lulus ke tak lulus ke, takde langsung

        1. Saya x tahu isi macam ne ni baru adik ipar ajar tapi dah tutup tarikh ye bolah ke lanjut kan sy mmg terkesan dgn pkp ni

        2. Salam sejahtera tuan. Saya ada lesen village shop dan lesen jualan runcit petrol. Macam mahu mohon bantuan ini?

  8. saya mau memohon gkp tapi suda tutup permohonan tu. ada kah lagi ya pihak lhdn buat permohonan gkp lepas rayuan ni…

  9. Salam, betul ke kalau pendapatan >300k tak boleh buat rayuan? TK.

  10. Hi, saya telah cuba login beberapa kali tetapi butang permohonan rayuan memang tiada dalam page saya.

  11. Saya tak lulus boleh buat rayuan tak

  12. sy telah memohon gkp dan gagal sbb saya tidak menyedari ssm sy dh tamat tempoh masa pkp bln march 2020…sy dh upload ssm yg baru dihidupkan melalui rayuan gkp…adakah rayuan sy diterima?

  13. Sy call lhdn dia kata lulus, tp sy tersilap no.acc 1 angka… Macam mana ye….

  14. sy terlepas utk buat rayuan…adakah rayuan akan dibuka semula bagi membantu kami yg terlepas utk membuat rayuan?

  15. saya tidak dapat sebarang bantuan dari kerajaan malah BPN saya tidak lulus. saya tidak pandai buat online. saya ada SSM.saya amat terkesan sepanjang tempoh PKP dengan pendapatan ZERO. minta tolong ajar saya….langkah seterusnya.

  16. Hi, status permohonan gkp lulus tapi, akaun gagal dikredit dan invalid beneficiary. Suami saya ada ssm no akaun saya punya boleh ke tak boleh

      1. Saya pun dapat error yang sama. Bila saya tekan Kemaskini No. Akaun dia tulis “Sila masukkan no. akaun persendirian (personal account) pemohon”.

        Borang GKP pun satu, awal-awal tak bagitahu akaun persendirian ke akaun syarikat. Saya bagi akaun syarikat la.

        Kena beri notis kepada LHDN ke kalau dah kemaskini?

        1. Author

          Betul tu. Sekiranya status pembayaran adalah Gagal Kredit, sila kemukakan penyata bank yang aktif dan
          salinan kad pengenalan melalui e-mel, [email protected]
          Moga sukses dan lancar semuanya

  17. Kod Tidak Berjaya: INVALID BENEFICIARY
    Sudah kemaskini bank account, bila akan kredit lagi?

  18. permohonan saya tidak lulus kerana “tidak berdaftar dengan SSM/LHDNM/PBT’semasa buat rayuan saya ter upload SSM saya yang telah expired. Sekarang saya masih tak tahu apa keputusan rayuan tu, sebab setiap kali cek sistem akan tunjuk keputusan tidak lulus, keputusan permohonan yang mula-mula. Saya juga gagal untuk bercakap dengan pihak LHDNM.
    Saya tuan dapat membantu.

    1. Saya pun Tak lulus untuk memohon GKP sebab Tak daftar SSM, sebenarnya Saya daftar SSM pada tahun 2017,Saya juga gagal untuk bercakap dengan pihak LHDNM.
      Saya tuan dapat membantu.

      1. Boleh bagi tahu bila dapat keputusan sebab belum buka niaga lagi….

  19. saya ada 2 business and langsung tak operate during MCO . saya kerap kali submit the form before due date but rejected. and system wont capture my business details. im not sure why. can i submit again ?

  20. I received message ” gagal credit ” how do I amend my bank ac no from Company ac no to personal ac no.

  21. Permohonan GKP saya berjaya,tapi I salah isi bank account syarikat (bolehkan kemaskini isi account peribadi?)Belum dapat kredit?

      1. Saya vijendren….saya lupa nk buat rayuan…mula² i kok status lulus…lps tu smlm i gie check kat LHDMN…check ic saya kata tidak lulus….sekarang i nk buat rayuan macam mane….

          1. status permohonan gkp lulus tapi, akaun gagal dikredit dan invalid beneficiary. Su
            saya ada ssm no akaun boleh ke tak boleh
            Tapi tk dpt duit lg kenapa

      2. Saya dah email kn tak tau la dapt ke tak? Saya bg ic dgn surat confirmation acc active dari bank..

  22. Semasa saya membuat rayuan gkp itu saat ada tunjuk ducument telah berjaya hantar, tetapi akuan saya tidak ada sokongan ducument di cetak, sekarang rayuan telah ditutp,bagaiman aku boleh buat lagi.

  23. Salam tn saya hanya ingin brtaya.saya antara slah seorang yg trcicir untuk prmohonan GKP..adahkah benar krajaan akan membuka pluang bagi yg trcicir mcam saya untuk prmohonan ke2..selepas selesai pmbayaran yg sdang brjalan sekarang.?

  24. Salam Tuan/Puan,permohonan saya sudah diluluskan tapi duit tak diterima sebab account bank inactive.
    Tapi sebenarannya bank account saya masih active and saya dah dapat statement copy dari bank untuk menunjukkan yang bank account saya masih active.Dimana saya boleh email semua bukti saya?

  25. kita ni penjaja kecilan je, ade la juga buat nasi lemak utk budak2 sekolah. rumah pun tak ada internet, maka info mengenai GKP juga tercicir, jika d harapkan YB kawasan memang tidak sampai la bantuan tu.. dengan adanya bantuan GKP ni, kami peniaga kecil amat mengharap untuk memohon & dapat bantuan.. tapi sayangnya yang benar2 layak tidak semua yang sempat daftar disebabkan tiada sumber mendapatkan info.
    cuma terfikir apakah YB YB kawasan lebih penting POlitik dari membantu rakyat? -mood sedih (ini pun internet pinjam)

  26. saya nak tanya mengapakan saya nak rayuan,
    tapi tidak ada butang kemaskini keluar.
    saya boleh buat rayuan lagi, saya buka GKP
    semakan mengapa tidak keluar butang kemaskini.

  27. Assalamualaikum. Saya siti ramlah dari pulau pinang, saya berniaga kecil-kecilan dan mempunyai SSM tetapi permohonan saya tidak lulus disebabkan tersilap isi borang untuk mendapatkan bantuan GKP 2.0. Adakah saya boleh membuat rayuan kembali. Macam mana caranya saya amat memerlukan pertolongan ini disebabkan perniagaan saya amat terjejas.

    1. Author

      Waalaikumussalam… Keputusan GKP 2.0 baru dikeluarkan. Kita nantikan tarikh untuk proses rayuan selepas ini

Leave a Reply to Vijendren Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge