Kebumi jenazah

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, kematian jenazah akibat virus Covid-19 perlu diuruskan mengikut hukum pengurusan mayat pesakit ebola.

Sehingga hari ini, lebih 600 kes positif Covid-19 direkodkan, dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Dua kematian #COVID-19 di Malaysia iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac 2020.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.

Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

mangsa covid 19
jenazah dalam beg

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, sekiranya berlaku kematian akibat virus Covid-19 jenazah perlu diuruskan melalui prosedur tayammum

Dalam kenyataan itu, dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

mufti

Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Pengurusan Jenazah COVID 19
urus jenazah covid 19
urus mayat wabak

Kes COVID-19 secara global menunjukkan peningkatan dengan penambahan 9 negara kepada 159 negara.

Kumalatif kes COVID-19 di dunia adalah 181556 setakat jam 8.00pagi hari ini. Kematian akibat wabak COVID adalah sebanyak 6442 kes (3.55%) manakala kadar sembuh adalah 41.9%.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge