Dewan Pengantin 1

Nak buat majlis kenduri kendara?

Nak buat majlis keraian? Nak cari tempat yang cantik, sesuai dengan bajet?

Dekat Cyberjaya ada satu tempat yang menarik. Royale Palace Skyview namanya. Royale Palace ni dah beroperasi sejak 2016 dan diuruskan oleh RSZ Ventures Sdn Bhd. Masa awal dulu, lokasi pertamanya di Seksyen U6 Shah Alam.

Banyak juga lah majlis keraian, majlis korporat dan majlis sambuta hari lahir pun dibuat disitu. Sebab ramai orang suka. Dan lepas 4 tahun, sekarang dah lebarkan di Cyberjaya.

Royale Palace Cyberjaya

Lokasinya senang sahaja, di Skytech Tower 2, tingkat 10. Kalau nak ke sana, Waze sahaja Skytech Tower 2. Ruang parkir di bawah dan di dalam bangunan pun ada, jadi tak perlu risau parking bertindih atau kena block jika datang ke situ.

Skyview Royale Palace

Bila masuk saja dewan, waah,.. cantiknya!

Memang dah ada hiasan asas dengan lampu-lampu yang cantik. Dalam satu-satu masa, boleh muat 300 orang. Jadi, bolehlah buat macam-macam majlis kat sini. Nak buat makan malam untuk syarikat ke, nak kenduri kahwin ke, nak launching produk ke atau nak buat majlis-majlis lain pun boleh.

Dewan Royale Palace Skyview ni boleh dihias dengan tema-tema yang dikehendaki. Bincang saja dengan pihak pengurusan nak buat dekorasi apa.

Royale Palace
Royale Palace Skyview pelamin

Pelamin dan meja makan beradab pengantin yang simple tapi cantik. Ruang pun selesa.

Royale Palace Skyview pengantin

Apa yang menarik lagi di Royale Palace Skyview ni, ada dua dalam satu. Di dalam dewan cantik, di luar dewan pun cantik.

Royale Palace Skyview outdoor

Bayangkan majlis di tingkat 10 ni, boleh lihat pemandangan sekitar Cyberjaya. Waktu petang pun cantik di sini untuk fotografi dan santai petang bagi yang nak di kawasan luar dewan.

Royale Palace Skyview sunset

Kemudahan untuk pelbagai tetamu yang datang pun ada. Surau di tingkat 1, kemudahan laluan kerusi roda, bilik persalinan, bilik menunggu, dewan berhawa dingin dan dekorasi asas dalam dewan Royale Palace Skyview.

Pakej-pakej di Royale Palace Skyview ini ada pelbagai jenis.

Pakej Basic
Pakej Buffet
Pakej Dome
Pakej Korporat
Pakej Akad Nikah
Pakej Sewa Dewan

dan beberapa lagi add-on yang boleh dibuat mengikut citarasa dan kehendak kita. Senang kan?

Kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi mereka di :
Laman web : https://royale-palace.com
Facebook : https://www.facebook.com/royalepalace.cyberjaya
Instagram : https://www.instagram.com/royalepalace.cyberjaya

Tel : 019-3316728 (Rashman) 016-4450538 (Pogy)

Alamat : 
Level 10, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknorat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge