Malakat Mall 1

Sambutan luar jangka, itu yang dapat digambarkan mengenai sambutan hari pertama prapembukaan pusat beli belah ‘Buy Muslim First: (BMF) pertama negara iaitu Malakat Mall hari ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, beliau tidak menyangka laluan di sekitar Malakat Mall itu sesak sehingga dua kilometer kerana orang ramai datang ke pusat beli belah berkenaan.

“Kita memang doakan agar mendapat sambutan sebegini, saya difahamkan laluan masuk ke Malakat Mall sesak sepanjang dua kilometer. Ini sambutan yang luar biasa, terima kasih semua.

Malakat Mall Perasmian
Malakat Mall Potong reben

“Sebenarnya promosi kita tidak dibuat secara menyeluruh lagi. Gegantung juga tidak digantung kerana belum dapat kelulusan dan yang ada hanya promosi melalui dalam talian sahaja.

“Saya cukup yakin, apa yang Allah janjikan cukup indah. Kita hanya merancang tetapi, Allah yang tentukan segala-galanya. Alhamdulillah hari ini, kita dapat saksikan.

“Kita di sokong oleh insan luar biasa, antaranya sepasang suami isteri yang berkerusi roda dari Batu Pahat, Johor. Bawa banyak ‘cash’ untuk berbelanja dan labur melalui koperasi Islam,” katanya.

Malakat Mall Persembahan Silat
Malakat Mall 7 minutes Solat break
Bunch Oh Malakat Mall

Untuk sarapan pagi, paling laku set roti canai terbang dengan teh tarik berharga RM3. Selain itu, kita juga ada set sarapan lain seperti roti bakar, nasi lemak dan lain-lain

untuk makan tengah hari yang bermula pada pukul 11 pagi, ‘trafik’ mula sesak dengan pelanggan mula memenuhi meja makan sehingga ‘waiting list’ sebanyak tiga kali.

“Hari ini ‘over flow’. Pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk makan, meja penuh dan kita terpaksa aturkan meja untuk penuhkan ruang. Setiap masa penuh, ini luar jangka.

Malakat Mall Roti Canai Terbang
Malakat Mall Kaunter Sanitizer

“Untuk makan tengah hari, paling mendapat tumpuan ialah ‘fish & chip’, mee kari, pasta, ‘chicken chop’ dan juga salad. Kita juga terpaksa tambah stok barangan sampai empat kali hari ini.

Baca : Dulu seorang penebar roti canai, kini Chef Azizan berkhidmat di Malakat Mall

Malakat Mall Raudhah Prepaid

Bagi pihak Malakat Mall, Mohd. Fadzil juga memberi jaminan bahawa segala sistem termasuk aplikasi Raudhah Pay dan tanda harga di Raudhah Grocer akan lebih sistematik bermula esok.

“Hari ini kita berdepan sedikit masalah dengan Raudhah Pay dan tanda harga. Mungkin banyak barang yang sampai lambat dan staff kita juga tidak sempat mengemas kini data.

Malakat Mall Raudhah Grocer

“Malam ini kita akan perbetulkan semua untuk persediaan hari esok. Saya sendiri sudah mohon maaf kepada pelanggan ketika mereka beratur. Alhamdulillah mereka faham dan beri semangat.

“Esok mula cuti sekolah, saya jangka kita akan mendapat sambutan lagi luar biasa. Jadi, jangan serik untuk datang lagi dan lagi ke Malakat Mall ini. Ini perjuangan kita bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, sehingga pukul 5 petang tadi, Mohd. Fadzil berkata, dianggarkan lebih 2,000 keluarga telah berkunjung ke Malakat Mall dan jumlah itu dijangka bertambah hingga malam ini.

Malakat Mall shopping

“Hari ini promosi yang kita lakukan iaitu ikan pelaling 10 sen seekor dan ayam RM5 seekor habis dalam masa sejam sahaja. Terima kasih atas sokongan, untuk ayam akan berterusan hingga Ahad.

“Apa pun, sejarah utama hari ini ialah kita buat Solat Jumaat dalam Malakat Mall yang diimamkan oleh Naib Pengerusi Pembela, Masridzi Mat. Ini adalah kelebihan kita.

Solat Jumaat Malakat Mall
Malakat Mall Minyak masak

“Kita dahulukan yang wajib, Alhamdulillah solat kita utamakan. Pekerja dan pelanggan kita tidak perlu berkejar-kejar untuk tunaikan solat kerana kita sediakan segala kemudahan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil menjangkakan aliran tunai hari pertama pembukaan Malakat Mall ialah sebanyak RM200, 000 hingga RM300, 000. -MT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge