Dua jiwa menjadi satu.

Satu lagi pilihan pengantin untuk melangsungkan hari yang bahagia. Baru-baru ini, berkesempatan untuk hadiri majlis pengantin baru di OKAD Event Space, Bukit Jelutong. Majlis Pengantin baru Mukhlis dan Shieka.

OKAD Event Space mempunyai sesuatu yang unik dan sangat eksklusif di mana tempatnya dihiasi untuk disewa, menjadikan ia sesuai untuk majlis perkahwinan, perayaan, majlis hari lahir, pelancaran, pertunjukan fesyen atau apa saja acara-acara lain.

Bila sampai, tengok hai cantik dewannya. Ada pelbagai perkhidmatan pengurusan acara termasuk penyajian dan audiovisual. Jadi, ia memang sesuai bagi mereka yang ingin membuat sewa dewan untuk pelbagai kegunaan atau majlis.

OKAD adalah singkatan bagi Oasis Kasih dan Damai.

OKAD dilancarkan pada 1 Disember 2019 dan mempunyai dewan yang lengkap dengan sistem penghawa dingin dan ini menjadi pilihan mereka yang mahukan keselesaan kepada para tetamu yang hadir.

Ruang parkir memang luas, mudah untuk tetamu datang dengan kenderaan sendiri. Selain itu, di dewan ini ada ruangan menunggu pengantin dan juga sesuai untuk pengantin berhias terlebih dahulu. Surau untuk lelaki dan perempuan juga ada, tiada masalah bagi yang ingin tunaikan kewajipan. Masjid pun di sebelah sahaja.

Memang berbaloi kepada yang menggunakan khidmat dan pakej yang ditawarkan oleh OKAD event space ini. Dengan bajet anda yang ada, maklumkan kepada pihak pengurusan untuk menjadikan majlis anda berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Biasalah, pakej majlis perkahwinan ini ada pelbagai bajet. Masa majlis Mukhlis dan Shieka ini ada lebih kurang 22 meja. Dan untuk penuh dewan, cukup untuk 30 meja.

Pakej pengantin di OKAD event space ini juga lengkap dengan pengurusan dari A hingga Z bagi melancarkan majlis yang ingin dibuat.

Cantik dan menarik kan?

Deco & Planner by Myj by Nabies  – @myj_by_nabies
Dress by Myj By Nabies – @myj_by_nabies
Make-up by Nurul Shukor – @nurulshukor_official @queenxenddra_
Card Printing by GoodMAN PRINTING – @th3goodman
Video & Photography by Kuppifilm – @kuppifilm
Catering oleh zai seri gemilang – @zai.srigemilang
Selawat pengantin oleh – @mh.hanafi
Band oleh @lerumbaofficial
Lighting oleh @warisanstudio_
Hall oleh @okad_event_space

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat OKAD event space di Bukit Jelutong ini sama ada Pakej Kahwin ataupun Sewa Dewan untuk majlis-majlis lain, boleh rujuk kepada maklumat dibawah.

Az : 012-6864515
Hamidah : 017-7350117
Majidah : 017-6503436

Alamat :
No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Email : okad.my@gmail.com
Facebook : OKAD Event Space
Instagram : okad_event_space

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge