Kwsp akaun 2

Pembayaran pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan mula dikreditkan ke akaun ahli bermula esok 4 Mei hingga 18 Mei ini.

Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.

iLestari Online

Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.

Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan.

Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

iLestari Online kredit bank

KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

Mereka bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.

Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal.

iLestari Online tarikh bayaran

KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

Anda tidak perlu menelefon, tidak perlu e-mel malah tidak perlu ke cawangan!

Menjelang musim perayaan ini kita akan cenderung untuk berbelanja namun apa pun, rancanglah perbelanjaan anda dengan baik, beli hanya yang perlu dan jangan lupa untuk mengasingkan amaun khas untuk kegunaan di masa hadapan.

Ingat, bijak berbelanja, hidup sejahtera!

2 Comments

Leave a Reply to LM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge