Syukor Khamis 1

Masih ingat adik Syukor Khamis the Kampung Boy?

Yang popular dengan kisah gambar kehidupannya bersama kerbau-kerbau yang dibela. Baru-baru ini mendapat khabar berita 25 ekor kerbaunya ‘pergi tak kembali’.

Ada yang mengatakan kemungkinan akibat daripada wabak Hawar Berdarah dan perkara ini juga telah mencuri perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Kerbau shukor khamis
kebumi kerbau

Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar.

Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣⁣Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya.

Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat.

Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.

⁣⁣اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

kerbau shukor khamis terengganu
kerbau sakit

Rata-rata warganet memberikan kata semangat di samping ucapan takziah buat keluarga Syukor Khamis yang kita ketahui amat sayangkan kerbau-kerbaunya.

Maziah Tirun Innailaihiwainnailaihirojiun Mudah2an Pak Khamis Redo dgn ujian dari Nya dah sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik nya … semoga Allah ganti kan yg lebih baik in SyaaAllah… Aamin

CheKhalil Khalid Semoga dpt jawapan jelas knp terjadi kematian kerbau dgn begitu byk..tak mungkin wabak atau penyakit..Simpati pd adik syukor, bapanya, petani2 dan tuan punya kerbau..

Fauzi Jusoh Allahu Akbar…. knp jd gitu… kena siasat…moga jabatan veterinar cpt bertindak…. apa punca

Dmp Kuala Kedah Semuga adik sekeluarga tabah hadapi dugaan Allah ( s.w.t) ada hikmah di sebalik ujian allah ..mungkin allah gandakn rezki yg lebih baik insyallah ..amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge