Jemaah Haji tahun 2020

Tawaran perkhidmatan badal haji pada tahun ini oleh pihak tertentu bukan sahaja meragukan, bahkan disifatkan sebagai cubaan menipu. Perkara ini sentiasa berlarutan setiap tahun.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian.

Penularan pandemik COVID-19 menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi begitu berhati-hati dan dilaporkan mungkin hanya akan membenarkan antara 1,000 hingga 10,000 jemaah, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata keputusan kerajaan tidak menghantar jemaah haji tahun ini akibat COVID-19 juga antara faktor khidmat badal haji ditawarkan pihak tertentu meragukan.

Penipuan Badal Haji
sindiket badal haji
sijil badal haji palsu

Kisah di Berita Harian 2016 : Khidmat Upah Haji Tipu

Agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar di negara ini juga tidak menganjur atau menawarkan khidmat badal haji tahun ini susulan keputusan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di negara itu untuk menunaikan haji, itu pun hanya dalam kalangan mereka yang kali pertama menunaikan ibadat terbabit.

Mengikut Islam, badal haji atau upah haji diharuskan oleh syarak, iaitu seseorang Islam yang terhalang kerana penyakit, usia tua dan kematian atau waris mereka memberi upah kepada orang lain untuk melaksanakan ibadat berkenaan.

Antara syaratnya, badal haji dilakukan oleh seseorang yang telah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Syarat badal haji ialah ia mesti dilakukan oleh mereka yang sudah pernah menunaikan ibadat berkenaan, bukan oleh individu yang kali pertama mengerjakan haji.

Upah haji palsu

Buat Semakan Dengan Pihak MOTAC

Buat masa ini, memang tiada perkhidmatan badal haji ditawarkan mana-mana agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar. Jika ada, ia memang meragukan dan mereka yang menerima tawaran sedemikian, segera lapor kepada pihak berkuasa.

Agensi pengendali umrah dan haji berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) biasanya mengenakan upah sekitar 2,000 riyal atau kira-kira RM2,250 untuk untuk menguruskan ibadat itu hingga selesai.

Ada syarikat mengiklankan khidmat berkenaan secara dalam talian bersama pakej tertentu pada harga serendah RM1,500. Tinjauan di sekitar Lembah Klang pula mendapati ada kain rentang mengiklankan tawaran sama dipasang di beberapa tempat.

Arab Saudi belum mengumumkan senarai mereka yang dibenar menunaikan haji dan bagaimana proses mengerjakan ibadat itu pada tahun ini dalam suasana pandemik COVID-19.

tembelang badal haji
badal haji tipu

Pengumuman awal sudah dibuat beberapa minggu lalu bahawa hanya sekitar 1,000 atau tidak lebih 10,000 orang akan dapat melaksanakan haji tahun ini. Namun, belum ada pengumuman lanjut atau terperinci.

Bagaimana cara memohon atau siapa yang ditawar mengerjakan haji pun belum diumumkan. Sekiranya ada tawaran khidmat badal haji kepada rakyat kita (di Malaysia), saranan pihak berkuasa adalah supaya mereka berhati-hati dan jangan tertipu.

Pihak konsulat menasihatkan jika kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran untuk melaksanakan ibadat haji sekali pun, pastikan khidmat badal haji yang ditawarkan adalah daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai cawangan di Arab Saudi.

Ini bagi memudahkan mereka merujuk sebarang keraguan dan persoalan terus kepada pihak berkenaan.

Terowong Mina
Suasana menuju terowong di Mina (2019)

Dapatkan pengesahan pihak berkuasa, elak kerugian

“Jika ada pihak di negara ini tawarkan khidmat badal haji, itu tidak benar kerana Malaysia sudah membuat keputusan menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini”

Itu peringatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary yang menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak tertentu di Malaysia yang menawarkan khidmat badal haji.

Jika ada yang mendakwa menggunakan khidmat orang perseorangan yang sudah berada di Makkah dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji oleh Kerajaan Arab Saudi, sila dapatkan pengesahan pihak berkuasa terlebih dahulu.

Beliau juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang mendakwa boleh menguruskan ibadah haji menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada.

Susulan penangguhan penghantaran jemaah Malaysia tahun ini, tiada sebarang penerbangan ke Makkah. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah umum penangguhan itu membabitkan semua bakal jemaah haji.

Ia termasuk mereka yang bercadang menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada. Begitu juga yang terdahulu mengaitkan dengan pelajar Malaysia di Tanah Suci.

Bagi mengelak kekeliruan dan kerugian, orang ramai tidak seharusnya teruja menerima tawaran itu secara bulat-bulat. Periksa dahulu dengan TH (Lembaga Tabung Haji) sebagai institusi yang lebih arif bagaimana prosedur sepatutnya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek.

Badal haji ini adalah upah haji. Boleh jadi individu berkenaan (yang menawar perkhidmatan badal haji) ada kenalan di Arab Saudi yang boleh melaksanakannya di mana kita sendiri tidak tahu bagaimana mereka menguruskannya.

Bagaimanapun, tidak semestinya orang ramai boleh terus terima tawaran itu, kena teliti dan cermat (jika terima) sebarang tawaran bagi mengelakkan kerugian. Kepercayaan bagaimana badal haji dilaksanakan juga perlu diambil kira.

Dataran Kaabah
Masjidil Haram – Haji 2019

Bayangkan, siapa yang sanggup mengambil upah hanya RM1500 untuk berihram dan bersusah payah berada dalam lautan manusia selama seminggu dengan kos makan minum serta pengangkutan yang mahal pada musim haji, sedangkan dia bukan sanak saudara kita pun. Sudah semestinya tidak masuk akal.

Jom dengar apa kata Ustaz-ustaz yang berada di Mekah sekarang.

Justeru saya mengajak umat Islam kembali rasional dalam membuat perhitungan harga untuk Badal Haji, jangan sekali-kali terpengaruh dengan harga yang murah. Kadar yang telah ditetapkan Tabung Haji pun amat munasabah, malah masih rendah kalau mahu dinilai dengan kadar matawang negara.

sumber

1 Comment

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge