Youtube

Laman YouTube kini menjadi satu platform penting dalam dunia serba moden ketika ini apabila apa sahaja video trending atau pelancaran album pasti akan menggunakan saluran tersebut.

Selain mempunyai “follower” tertentu, YouTube juga membolehkan sesiapa sahaja mempunyai salurannya sendiri serta boleh menjana pendapatan tertentu.

Namun di sebalik kejayaan itu, tahukah anda sejarah penubuhannya?

Youtube dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari 2005 dan video pertama di laman tersebut hanya dimuat naik pada 24 April 2005 iaitu 10 hari selepas ia diperkenalkan.

Dan video pertama yang dimuat naik bukanlah satu video yang hebat seperti mana kandungan YouTube ketika ini.

Jawed Karim

Video “Me at the zoo” ini cuma berdurasi 18 saat di mana seorang lelaki bercerita tentang pengalaman beliau melawat zoo. Persoalannya siapakah sebenarnya lelaki dalam video berkenaan?

Sekiranya anda seorang YouTuber, anda “wajib” kenal siapa lelaki ini.

Namanya Jawed Karim dan dia bukanlah orang sebarangan, ini kerana Jawed adalah salah seorang co-founder laman YouTube itu sendiri.

Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim bersama-sama mengasaskan YouTube pada tahun 2005 dan untuk pengetahuan anda kesemua pengasas YouTube ini sebenarnya merupakan bekas pekerja PayPal.

Idea untuk menghasilkan YouTube bermula daripada insiden kontroversi persembahan Janet Jackson di Super Bowl pada 2004.

Baca juga : Les Copaque cecah 10 juta Subscribers, Pertama di Malaysia!

Menurut Jawed ketika itu agak sukar mencari klip video berkenaan di internet dan dari situlah tercetusnya idea untuk menghasilkan sebuah platform untuk orang ramai berkongsi video mereka di satu tempat.

Namun tidak dinafikan Jawed sebenarnya kurang dikenali berbanding Chad Hurley dan Steve Chen kerana beliau tidak disenaraikan sebagai salah seorang pekerja YouTube.

Ini kerana beliau bersetuju bertindak sebagai penasihat sahaja kerana mahu fokus dalam pengajian sains komputer di Universiti Stanford.

Disebabkan itu, beliau memegang pegangan saham YouTube yang lebih rendah berbanding Chad dan Steve kerana peranan beliau yang lebih kecil di YouTube pada ketika itu.

Youtube founders

Despacito” karya Luis Fonsi yang menampilkan Daddy Yankee adalah video paling banyak ditonton di YouTube, dengan lebih daripada 6.8 bilion tontonan pada Jun 2020.

Pada 13 Disember 2018, YouTube Rewind 2018: Everyone Controls Rewind menjadi video yang paling tidak disukai di platform perkongsian video, dengan 15 juta dislikes dengan cepat melampaui video muzik untuk lagu Justin Bieber Baby, yang memasuki buku Guinness World Records sebagai yang paling tidak disukai video di YouTube dan di Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge