Marshal konvoi trafik

Sejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan pelbagai kejadian tak diingini berlaku di atas jalan raya, baik melibatkan penunggang motosikal, kereta dan tak kurang juga kenderaan berat seperti kontena dan lori.

Namun, tahukah kalian akan punca yang menyebabkan ia berlaku? Cuba semak senarai perangai pelik pemandu di Malaysia di bawah, mungkin salah satunya kena dengan anda.

Menerusi semakan tersebut, dapatlah kita ubah perlahan-lahan perangai yang tak sepatutnya dibuat agar kelak menjadi pemandu yang berhemah sekaligus mampu mengurangkan risiko kemalangan.

microsleep bawa kereta

1. Masuk simpang tak bagi ‘signal’

Kesalahan yang sering terjadi. Bukankah sewaktu mengikuti kelas memandu dulu telah diajar untuk memasang ‘signal’ jika ingin masuk atau keluar simpang. Suka rasanya diingatkan di sini bahawa tak semua rakyat Malaysia ada kelebihan membaca isi hati kalian yang boleh tahu nak ke mana.

Benda memang ada waktu beli kereta kan, rugilah kalau tak digunakan.

2. Dah kuning baru nak laju!

Perangai pelik kedua, mungkin orang tak perasan tapi hakikatnya selalu rakyat Malaysia buat.

Tak tahulah apa masalanya setiap kali lampu dah kuning baru kereta depan nak laju. Tolonglah tolak ansur sikit, kesian orang belakang lama tunggu nak hijau, dapat kat orang macam tu, buat naya je.

Baca juga : Kereta Sewa Murah Bawah RM100, Promosi Diskaun Hanya di Trevo

marshal trafik 1

3. Suka tengok kemalangan

Perangai pelik seterusnya adalah terlalu fokus melihat kemalangan jalan raya. Kita tahu kemalangan itu insiden yang mengerikan hingga tanpa sedar ada yang lupa nak tekan minyak dan lebih tragis lagi ada yang ‘tercium’ kereta depan sebab asyik tertumpu pada kejadian tersebut.

Bila dah jadi macam tu, tak pasal-pasal korang pula terkena musibah lain, padahal benda boleh elak.

4. Pasang lampu tinggi di tempat terang

Bagi pemilik kenderaan, pasti tahu akan kegunaan lampu tinggi yang disediakan khas jika berada di kawasan yang gelap. Tapi, jangan tak percaya ada juga pemandu yang selamba menggunakannya selain di kawasan gelap hingga tanpa sedar telah mengganggu pandangan pengguna jalan raya lain.

Perlu kita tahu, sikap sebegini mungkin akan menyebabkan kejadian lain berlaku seperti kemalangan dan sebagainya.

5. Dah tukar lane, perlahankan kenderaan pula

Berada di laluan yang betul adalah sikap yang terpuji dan dipuji. Demikian adalah kerana orang kita selalu buat jalan tu seperti hak milik persendirian apabila sesuka hatinya mahu berada di mana-mana lorong.

Lebih menyakitkan hati, setelah diberi peluang menukar lorong, mereka memperlahankan kenderaan pula, walhal mereka tahu berada di lorong paling kanan itu jika untuk memotong atau ingin laju.

Apa yang perlu difokuskan, kenderaan berat mesti berada di kiri.

6. Tekan brek tak menentu

Kemudian, tekan brek tak menentu yang mana biasanya berlaku kepada pemandu yang kurang keyakinan diri. Tak nak sentuh tentang jantina kerana semua sama je. Contoh situasi kebiasannya berlaku ketika jalan sesak kerana ingin menjaga penjarakan antara satu sama lain, tapi perlu mengambil perhatian juga akan kenderaan yang berada belakang.

Perangai suka tekan brek tak menentu ni mungkin akan menyebabkan pelanggaran dengan kenderaan dari arah belakang yang sedang laju dan sebagainya.

Baca juga : Cara Beli, Daftar dan Tambah Nilai Online Kad Touch N Go Baru (NFC)

Trafik

7. Main telefon dan makan

Perangai seterusnya ni tak pelik sangat pun. Tipulah kalau tak pernah buat dan boleh dikatakan majoriti melakukannya. Perlu berwaspada dengan dua perkara ini dan perlu dielakkan daripada menjadikannya sebagai kebiasaan.

Hati-hati juga ya, jika silap haribulan boleh terus kena saman on the spot.

8. Tak tengok kiri kanan sebelum keluar simpang

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya pertembungan dan kemalangan adalah sikap yang kelapan ini.

Hairan dengan segelintir umat manusia yang selamba keluar simpang tak tengok kanan kiri terlebih dahulu. Ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. Jadi, bawa-bawalah bersabar sikit nak keluar simpang tu.

9. Berkaki ayam waktu memandu

Perangai pelik ini tidak menyumbang kepada punca kemalangan berlaku tetapi cuma tertanya-tanya kenapa ada golongan memilih untuk berkaki ayam sewaktu memandu.

Situasi ni umpama, benda boleh makan pakai tangan tapi selesa pakai sudu garfu. Lebih kuranglah.

10. Terlalu pemurah

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah apabila rakyat Malaysia terlalu pemurah tak bertempat seperti memberi laluan kepada kenderaan lain, walhal dirinya berada di laluan utama.

Bukan tak boleh, tetapi ia mungkin membahayakan diri anda kerana kenderaan di laluan utama memang perlu ‘diutamakan’ tanpa kompromi melainkan kenderaan dari arah lain berada dalam kecemasan atau situasi yang boleh dipertimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge