Bagi lelaki, perasaan wanita sukar untuk dijangka. Wanita boleh gembira dan secara tiba-tiba perasaannya boleh tersentuh lalu menangis. Oleh sebab itu lelaki jangan rasa pelik dengan wanita yang ‘cengeng’ (menangis).

Saat wanita yang anda sayangi mengalirkan air mata, berusahalah untuk menutup kekurangannya menjadi kelebihan buat anda dengan memahami sebab-sebab mengapa mereka menangis.

Wanita diciptakan dengan perasaan dan hati yang lemah lembut. Sekuat mana pun wanita itu pasti akan menangis juga. Perasaan inilah yang membuatkan wanita menjadi lebih sensitif berbanding lelaki.

Terdapat 10 sebab mengapa wanita sering bersedih dan menangis.

  1. Faktor Hormon

Bila wanita sudah memasuki saat hampir menopous, wanita lebih cenderung bersikap yang tidak seperti sebelumnya. Contoh seperti sering marah-marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal yang melibatkan perasaan. Kebiasaannya wanita yang sedang mengalami saat ini tidak dapat kontrol emosinya itulah yang dinamakan faktor hormon.

  1. Ingin Memanipulasi Keadaan

Rasa bersalah atau malu sering diungkapkan oleh wanita dengan menangis. Kerana semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari orang sekeliling atau kecewa dengan diri sendiri.

  1. Perasaan Emosi

Faktor emosi juga berperanan saat wanita sedang tertekan, sakit hati, penat dan masalah lain yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi sedang memuncak dan tiada tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaan mereka akan menangis untuk melepaskan rasa sedih.

Baca juga : 5 Tanda Wanita Hanya Mahu Berkawan, Bukannya Menyimpan Perasaan Cinta

  1. Kehilangan

Apabila wanita merasa kehilangan sesuatu di dalam dirinya mahupun dalam hidupnya mereka akan menangis. Kerana sifat wanita yang selalu menjaga dan sayang dengan apa yang dimilikinya.

  1. Dibohongi

Apabila wanita merasa dirinya telah dibohongi , dia akan merasa kecewa dan sedih. Kerana dia akan berdiam diri dan memikir kenapa sampai dibohongi. Akhirnya mereka akan mengeluarkan air mata.

  1. Dilupakan

Wanita selalu inginkan perhatian. Wanita juga selalu ingin dikenang dan tidak mahu dilupakan. Seperti contoh pasangannya terlupa saat ulang tahun mereka. Maka wanita akan merasa dilupakan dan cenderung untuk bersedih dan menangis.

  1. Terharu

Perasaan terharu ini akan muncul ketika wanita mendengar atau melihat hal-hal menyentuh perasaan. Hal yang membahagiakan pun kadangkala boleh membuat wanita terharu dan menangis.

  1. Marah

Saat marah, wanita akan menangis, menjerit dan bersikap atau berkata kasar. Jika dalam situasi demikian, biasanya wanita inginkan perhatian, di dekati dan ada orang mendengar keluhannya sama ada ibu bapa, teman mahupun kekasih hati. Dengan cara itulah yang boleh melegakan amarahnya kerana wanita akan merasa kekuatan dan semangat dari orang-orang yang boleh membuatkan mereka tenang.

  1. Teringat Sesuatu

Masa silam sama ada baik mahupun sebaliknya. Khususnya bagi kaum wanita, jika teringat kenangan manis biasa mereka akan tersenyum, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan mereka akan berubah sikapnya dan reaksinya jugak akan berlainan jika mengingatkan kenangan tersebut.

  1. Tarik Perhatian

Setiap wanita inginkan perhatian terhadapnya. Jika orang yang dia sayang tidak menghiraukannya, mereka akan rasa tidak di sayangi dan akan merasa sedih.

Akhir sekali, wanita adalah makhluk yang paling mudah tersentuh hatinya. Jangan merasa perkara itu pelik, tetapi berusahalah untuk menutupi kekurangan itu untuk menjadi lebih baik.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge