Wanita diciptakan untuk dipeluk dan dimanja, bukan dikasari. Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Tuhan dari tulang rusuk kiri, untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.
Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita. Lelaki dan wanita sememangnya tidak akan sama sikap dan pendiriannya.
Lelaki memang berbeza dari wanita. Sama ada dari segi percakapan, gaya, gerak-geri dan sebagainya. Sebab itulah terdapat beberapa sikap lelaki yang dibenci oleh wanita.
1. Meninggikan Suara
Lelaki mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tidak eloklah.
2. Pengotor
Segelintir lelaki tidak menyedari diri mereka ini ada yang pengotor. Seperti contoh meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju sama berulang kali tanpa basuh sehinggakan badan sudah berbau semacam pun masih tidak sedar.
3. Mengongkong
Lelaki yang suka kontrol, semua benda tak kena di matanya. Segala gerak-geri kekasih dikawal. Kalau kekasihnya nak keluar ke kedai pun kena report dahulu, kalau tidak boleh tercetusnya bergaduh.
4. Ego
Ini adalah masalah yang paling merimaskan oleh wanita. Keegoan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Dengan sikap ini membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin wanita. Tidak salah mempunyai ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
5. Menipu
Lelaki yang suka memberikan alasan yang tidak munasabah, ada je alasan yang hendak di beri. Sanggup memungkiri janji dan memberi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di elakkan padahal mereka enggan melaksanakan janji mereka. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana wanita lebih menghormati anda yang memiliki sifat jujur.
6. Panas Baran
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri lelaki itu sendiri tapi tetap menyalahkan orang lain. Ada yang sampai sepak terajang bila tengah marah. Ini yang membuatkan kaum wanita fobia jika terdapat lelaki yang panas baran. Cubalah untuk kawal sikap panas baran ini.
Baca : 5 Tanda Wanita Hanya Mahu Berkawan, Bukan Menyimpan Perasaan Cinta
7. Cemburu Buta
Orang kata cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal tentu rasa tidak selesa juga. Harus diingatkan, bukan semua perempuan suka lelaki yang kuat cemburu. Boleh kalau nak cemburu tapi janganlah sampai cemburu buta.
8. Pentingkan diri sendiri
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa pedulikan pasangannya. Mereka ini juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasihnya.
9. Kurang Memberi Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa. Tidak amik kisah hal kekasihnya. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberi perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat wanita ingin disayangi.
10. Tidak Tahu Menghargai
Ada lelaki yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala tunjukkan sikap anda yang menghargai wanita dengan memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali wanita itu cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Kepada kaum lelaki cuba ambil tahu dan berubahlah untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama. Tidak rugi pun kalau berubah untuk membahagiakan orang yang anda sayang.
Ada yang masih belum bertemu jodoh?
Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA.
Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.