Hotel Resort Private Pool

Ada sesiapa yang nak perubahan daripada kerja dan gaya hidup yang sibuk? Ada yang nak bercuti dengan kolam yang privasi? Tentunya boleh. Bukanlah di luar negara, dalam Malaysia pun ada.

Sebahagian besar daripada penduduk Malaysia sering anggap hanya di luar negara saja mereka dapat mengalami percutian yang luar biasa.

Kini sudah tiba masanya untuk kita menikmati dan merasai kemewahan hidup di sekitar malaysia yang lebih selesa dan sesuai dengan pelan kewangan kita.

Harga yang ditunjukkan bagi setiap villa mungkin berubah-ubah mengikut musim dan mengikut pilihan tarikh penginapan. Jom kita lihat Resort dan Hotel dengan Private Pool yang berbaloi untuk percutian anda.

1. Mangala Resort & Spa @ Kuantan

Mangala Resort Spa

Mangala Resort & Spa merupakan hasil daripada pembangunan hijau selama 15 tahun yang mengubah tanah perlombongan kering kontang kepada sebuah pusat percutian. Ia terdiri daripada 31 villa, yang mana empat iaitu Forest Villa mempunyai private pool di dalam bilik.

Harga: RM720 satu malam dan ke atas
Mangala Resort & SpaLaman web rasmi | Facebook | Instagram

2. The Shorea @ Seremban

The Shorea

The Shorea adalah Boutique Eco-Resort yang terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada 8 villa mewah dilengkapi private pool dengan 15 bilik yang mampu menampung sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk group stay atau family gathering!

Harga: RM2,000 satu malam dan ke atas
The ShoreaLaman web rasmi | Facebook | Instagram

3. The Villas at Sunway Resort Hotel & Spa @ Petaling Jaya

The Villas at Sunway Resort Hotel Spa

Sama ada anda sedang mencari pengembaraan masakan eksotik, terapi yang menenangkan, atau keseronokan taman tema, semuanya ada di sini. Rasai pengalaman dikelilingi suasana hutan tropika di dalam bandar di The Villas yang mewah dan amat menakjubkan.

Harga: RM1,699 satu malam dan ke atas
The VillasLaman web rasmi | Facebook 

4. The Datai @ Langkawi

Datai Langkawi

Terletak di salah satu daripada 10 Pantai Terbaik di seluruh dunia menurut National Geographic, resort 5 bintang The Datai sememangnya dilimpahi dengan kemewahan abadi. Dua villa mewah, Rainforest Pool Villa dan Two Bedroom Beach Villa pastinya akan memberi pengalaman epik yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Harga: RM5,000 satu malam dan ke atas
The DataiLaman web rasmi | Facebook | Instagram

5. The Westin @ Langkawi

The Westin Langkawi

Tinggalkan kehidupan bandar yang sibuk dan nikmati keindahan semula jadi yang menakjubkan. Terletak bersebelahan dengan dedaunan tropika yang subur dan pemandangan indah Laut Andaman, villa di sini direka khas untuk menyediakan tetamu dengan privasi mutlak yang jauh dari dunia luar.

Harga: RM2,000 satu malam dan ke atas
The Westin: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

6. The Andaman @ Langkawi

Andaman Langkawi

Semua 178 bilik dan suite mewah berhawa dingin di The Andaman menawarkan kehangatan elemen tradisional Malaysia. Kedudukannya yang terletak di tepi Laut Andaman yang biru dan sangat memukau mata memandang pastinya menjadikan resort ini sebuah oasis yang sempurna untuk berehat dan memanjakan diri dengan ketenangan alam.

Harga: RM2,500 satu malam dan ke atas
The Andaman: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

7. La Villa @ Langkawi

La Villa Langkawi

Walaupun terletak di kawasan sibuk di Pantai Cenang, La Villa direka khas untuk memberi ketenangan kepada pengunjung dengan suasana yang tersembunyi daripada hiruk pikuk kota. Setiap villa di sini dilengkapi dengan private pool bagi pengunjung merasai pengalaman mewah dan bergaya.

Harga: RM1,700 satu malam dan ke atas
La VillaLaman web rasmi | Facebook | Instagram

8. The Banjaran Hotsprings Retreat @ Ipoh

The Banjaran Hotsprings Ipoh

Dikenali sebagai resort percutian mewah pertama di Malaysia dengan air panas semula jadi untuk kesihatan, resort ini direka secara holistik bagi menyerap kedamaian sambil bersantai, mengembalikan kesejahteraan badan, menyemarakkan cinta, mencetuskan idea inspirasi, dan mewujudkan pengalaman berbeza yang pasti sukar dilupakan.

Harga: RM1,100 satu malam dan ke atas
The Banjaran Hotsprings RetreatLaman web rasmi | Facebook | Instagram

9. Lexis Suites @ Penang

Lexis Suites Penang

Lexis Suites menonjol sebagai satu-satunya hotel di Pulau Pinang yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap 222 buah suite. Setiap bilik penginapan juga mempunyai dua katil bersaiz king dilengkapi pelbagai kemudahan dengan pemandangan laut yang mengagumkan.

Harga: RM450 satu malam dan ke atas
Lexis SuitesLaman web rasmi | Facebook | Instagram

10. Lexis Hibiscus @ Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Pada 14 Oktober 2016, Lexis Hibiscus dikurniakan dengan dua rekod dunia Guinness iaitu ‘Most swimming pools in a resort’ dan ‘Most overwater villas at a single resort’. Resort ini dilengkapi dengan private pool dan bilik sauna dalam setiap 639 bilik yang ditawarkan.
Harga: RM750 satu malam dan ke atas
Lexis HibiscusLaman web rasmi | Facebook | Instagram

11. Grand Lexis @ Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson

Dianugerahkan ‘Most number of swimming pools in a resort’ oleh Malaysia Book of Records, setiap satu daripada 317 villa bertaraf lima bintang berkonsep Bali ini didatangkan dengan private pool untuk privasi dan kemudahan yang tiada tandingannya. Pengunjung boleh menikmati kedamaian dan ketenangan dalam keselesaan mewah sambil terapung di atas laut.

Harga: RM500 satu malam dan ke atas
Grand LexisLaman web rasmi | Facebook | Instagram

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

12. Borneo Beach Villas @ Karambunai

Borneo Beach Villas Karambunai

Temui syurga keindahan semula jadi yang menawarkan pantai pasir putih sepanjang 6 km dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Resort tersembunyi ini cukup sempurna untuk keluarga dan pasangan melarikan diri daripada gaya hidup bandar yang sibuk.

Harga: RM750 satu malam dan ke atas
Borneo Beach VillasLaman web rasmi | Facebook | Instagram

13. Bunga Raya Island Resort @ Kota Kinabalu

Bunga Raya Island Resort KK

Bersantai dan nikmati percutian mewah yang terletak di lereng Teluk Poland di Pulau Gaya. Resort ini menawarkan 48 villa dengan pemandangan pantai pasir putih yang indah. Sesuai dengan namanya, resort ini sentiasa mekar dengan keseronokan sama ada ketika berada pantai, bersantai di spa, atau ketika menikmati hidangan bertaraf antarabangsa.

Harga: RM2,300 satu malam dan ke atas
Bunga Raya Island Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram

14. Villa Samadhi @ Kuala Lumpur

Villa Samadhi KL

Bandaraya Kuala Lumpur terasa sunyi tatkala pengunjung meluangkan masa di Villa Samadhi. Diterjemah dari bahasa Sanskrit, ‘SAMADHI’ adalah peringkat tertinggi dalam ketenangan minda ketika meditasi. Villa ini menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu dalam keadaan minda yang sangat santai yang panggil ‘Pengalaman SAMADHI’.

Harga: RM1,000 satu malam dan ke atas
Villa SamadhiLaman web rasmi | Facebook | Instagram

15. Japamala Resort @ Pulau Tioman

Japamala Resort Pulau Tioman

Bersembunyi dalam pengasingan sejati, di tengah hutan tropika 11 ekar dan pantai peribadi di Japamala Resort, Pulau Tioman. Mewah di sini bukan hanya pada keselesaan, perkhidmatan, dan destinasi yang indah, tetapi juga bermakna kemewahan ruang, masa dan kebebasan untuk benar-benar menenggelamkan diri dalam kadamaian mutlak.

Harga: RM2,400 satu malam dan ke atas
Japamala ResortLaman web rasmi | Facebook 

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

Dapatkan Promosi sehingga 65% bagi Penginapan Percutian Anda Di Sini!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge