Alhamdulillah…
Hampir 2,000 orang hadir pada majlis solat hajat, doa dan munajat dalam program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.
Program yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri Lebih 1,300 pelajar sekolah tahfiz dan pondok dari seluruh negara.
Solat berjemaah yang disusuli dengan bacaan Yasin, tahlil dan zikir munajat itu mencipta sejarah tersendiri sebagai perhimpunan dan majlis solat berjemaah terbesar yang diadakan di pusat beli belah pertama.
Bakal dibuka umum 1 Mac 2020
Perasmian itu disempurnakan oleh Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim yang merupakan pencetus idea penubuhan Malakat Mall.
Mohd. Fadzil berkata, pembukaan Malakat Mall pada Mac ini diharap menjadi pencetus kebangkitan ekonomi Islam.
Diharapkan pembukaan Malakat Mall ini diberkati Allah dan langkah pertama ini akan berjaya seterusnya membuka peluang kepada lebih banyak lagi Malakat Mall di seluruh negara.
Program itu turut menghimpunkan tokoh dan pemikir agama; pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, golongan peniaga dan orang ramai.
Antara Datuk Nazim Johan (PPIM); Maulana Wan Tahir; Aminuddin Yahya (Pembela); Masridzi Sat (Pembela); Habib Agil Ben Yahya; Kiyai Pesantren Wali Songo, Kiyai Dr. Zainol Arifin; Cikgu Izat, mudir-mudir sekolah dan lebih 20 pemimpin NGO.
“Program Munajat Perdana ini sangat menarik, para pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain dapat berjumpa dengan ulama-ulama terkemuka. Saya juga doakan ekonomi Islam terus berkembang. Saya juga doakan Malakat Mall berjaya dalam memperjuangkan ekonomi Islam dan dipermudahkan segala urusan menjelang pembukaanya pada Mac nanti.” (Mohd Faizul Salahudin, Ustaz Pondok Simpang Tiga, Bestari Jaya)
“Saya seronok datang ke Munajat Perdana kerana dapat sertai majlis ilmu selain dapat berjumpa para ulama.” (Mohd Fauzan Zakwan, Pelajar Mahad Ihya Ahmadi, Sungai Kelambu, Banting)
Jom kita dengar apa kata Coach Fadzil dan Tokki daripada PPIM
Malakat Mall bakal dibuka di Melaka
Berita baik ini susulan satu pertemuan antara kumpulannya bersama pihak Mara Inc Melaka iaitu pemilik bangunan tersebut yang terletak di bandar Masjid Tanah.
“Kita telah mendapat kunjungan dari Mara Inc. yang menawarkan kita pasar raya tersebut.
Secara logiknya kalau ada orang Melaka offer pasar raya kepada kita, tak mungkin kita reject. Ia sesuai dengan sasaran kita untuk membuka 10 Malakat Mall di Malaysia tahun ini,” katanya.
Tawaran tersebut amat signifikan kerana nama asalnya M Mall seperti Malakat Mall, yang merupakan bangunan baharu seluas 30,000 kaki persegi dan belum pernah digunakan walaupun telah siap bertahun-tahun.
Surat tawaran menyewa premis itu akan diberikan pada minggu depan dan pada masa yang sama kertas kerja bagi Malakat Mall Masjid Tanah juga telah diserahkan kepada Mara Inc.
Sehubungan itu kata beliau sekiranya perancangan berjalan lancar, Malakat Mall kedua itu akan mula beroperasi pada September ini.
Ini merupakan satu berita baik khusus pada orang Masjid Tanah. Kita mahu jadikan pasar raya ini pusat pengedaran produk bagi peniaga dan pengilang bumiputra di kawasan Selatan. Malakat Tribune