iSinar Akaun 1

Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga : Bayaran Geran Khas Prihatin 2.0 bermula 30 November 2020

Pengeluaran iSinar RM10000

Tengku Zafrul berkata, tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurasan KWSP pagi tadi sukacita dimaklumkan bahawa i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.”

Tanpa mengira sama ada ahli tersebut berkerja sektor formal atau bekerja sendiri, ahli terjejas atau tidak, selagi terjejas pendapatan bolehlah memohon iSinar KWSP Akaun 1 ini.

iSinar Akaun 1 KWSP

Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, iSinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

Sementara itu, KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

13 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
5 years ago

Alhamdulillah…Laila suka!!! Penggulungan drp Tg Zafrul paling besT!!!
Laila recently posted…i-Sinar Diperluaskan Kepada 8 Juta Pencarum || Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM10 RibuMy Profile

Amirul Fahim
5 years ago

Alhamdulillah, luar biasa kerajaan harini. Rakyat sangat memerlukan ketika ini untuk kegunaan mereka. Dapatlah juga ringankan beban berbelanja. Tapi perlu ingat. Belanjalah dengan jimat. Jangan beli iphone 13 mini dan PS5 pula.
Amirul Fahim recently posted…8 juta pencarum terima kemudahan skim i-Sinar minimum RM10,000My Profile

zul muhammad
5 years ago

inilah yang ditunggu2…akhirnya diperkenankan..
zul muhammad recently posted…Permohonan i-SINAR Untuk Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSPMy Profile

Zaini
5 years ago

Alhamdulillah. Dapat juga bernafas dengan duit sendiri.
Zaini recently posted…Apa aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak semasa PKP ini?My Profile

MOHD TAHIR BIN SABBURAHIL

Permohonan pengeluaran kwsp akaun 1

MAHADI BIN YAAKOB
MAHADI BIN YAAKOB
5 years ago

Sepatutnya buka kepada semua pencarum baru di katakan adil… Terpulang kepada pencarum.. Yang nak keluarkan boleh isi borang dan yang tak nak tak perlu isi borang. Hadkan pengeluaran sehingga 10K sahaja.. Harap kerajaan kaji semula..

wan
4 years ago

( K ) Keluar ( W ) Wang ( S ) Start ( P ) Perniagaan …. Guna Wang sebaiknya , elakkan investment yg menjanjikan keuntungan .. elakkan lah ya …

Che mohamed Noorddin Che Omar
Che mohamed Noorddin Che Omar
4 years ago

Assalamualaikum

Saya ingin tahu bagaimana pula dengan pemegang akaun emas…boleh Tak buat pengeluaran..

Mohon jawapan
Sekian terima kasih

Noorddin omar

ZULKHARNAIN BIN AHMAD NAJRI

Saya ingin tahu bagaimana pula dengan pemegang akaun emas…boleh Tak buat pengeluaran pada I-Sinar

Abdul Ghafar
4 years ago

adakah pemegang akaun emas tidak terjejas dengan pendemik sehingga dianak tirikan.