Panduan Cara Mohon isi Borang i Sinar KWSP Akaun 1

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama

Nota:

  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Baca Terbaru : Panduan Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Online

SYARAT MOHON ISinar kwsp

Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan amaun pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses.
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online

** PASTIKAN ANDA SEMAK TERLEBIH DAHULU JUMLAH AMAUN YANG DIPOHON, BAYARAN BULAN PERTAMA DAN BAYARAN BULANAN BAKI SETERUSNYA.

Jadual Bayaran iSinar KWSP RM10000
  • Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 8 Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Baca juga : Semakan Keputusan iSinar KWSP Akaun 1 Online

Tengku Zafrul Menteri Kewangan

Kategori Pemohon i-Sinar KWSP Akaun 1

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

    Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Amaran Aplikasi Palsu i-Sinar

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga atau mewujudkan aplikasi untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda!

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Baca juga : iSinar Kategori 2 : Dokumen Sokongan dan Kemaskini Maklumat 11 Januari 2021

aplikasi i sinar palsu

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

58 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Chung
Chung
4 years ago

Semua boleh mohon i sinar.. Sy yg tak boleh mana adil?? Cakap mok tlg rakyat meringankan beban covid.
Penipu btl…lau kerajaan btl2 mok menolong rakyat , mengapa mok terhadkan jenis ahli2 yg perlu mohon!!!

Mohamad Anizu bin Daud

macamana pencarum yg melebihi had umur 55 tahun, tidak layak untuk pengeluaran I-sinar, sedangkan sumber pendapatan tiada, telah diberhentikan kerja Pada bulan Mei 20 lalu pada Usia 58 thun, mohon penjelasan sewajarnya

Mohamad Anizu bin Daud

umur melebihi 55 thn, x boleh mohon I-lestari sedangkan saya telah diberhenti kerja oleh majikan dalam usia 58 thn, tarikh diberhenti pada 28 /5/20 sehingga kini tidak Mempunyai pendapatan tetap mohon pencerahan

Balkhes
Balkhes
4 years ago

Pendapatan isteri memang tidak terjejas dari company tetapi terpaksa tanggung suami utk payment rumah dan bil seperti TNB, SAJ dan lain-lain yg sepatutnya part suami sebagai ketua keluarga

Aminuddin Bin Salleh
Aminuddin Bin Salleh
4 years ago

Assallamualaikum,
Saya sekarang berumur 54 tahun, dan tahun depan bulan 9/3 ini saya juga saya akan pencen 55 tahun. Adakah saya bileh membuat permohonan ketogori 1, dan jika boleh, ada kah terjejas apa apa masalah ketika, membuat pengeluaran pada usia saya pencen.

Mohd Azmil Hamzah
4 years ago

Setelah selesai saya mengisi permohonan e sinar…bilakah saya akan dapat keputusannya dan dimana keputusan akan diberitahu.Terim kasih…

Nor syafawani BTE abd karim
Nor syafawani BTE abd karim
4 years ago
Reply to  admin GB

Boleh ke saya membatalkan permohonan kerana tersalab pilih amaun , Dan buat permohonan semula ??

Nor syafawani BTE abd karim
Nor syafawani BTE abd karim
4 years ago
Reply to  admin GB

Makne nya Tak bole ubah amaun nya ? Atau kene tunggu 4.1 nanti ?

saiful
saiful
4 years ago
Reply to  admin GB

kalau xdaftar i akaun bolah tak sy nk mohon i sinar

Isma Kasim
Isma Kasim
4 years ago
Reply to  admin GB

Masa memohon tersalah hanya amound, boleh ke saya memohon balik

Faizal bin ali basah
4 years ago
Reply to  admin GB

asalamulaikum semalam saya ada salah letak berapa jumlah mahu keluar i sinar..

Ain
Ain
4 years ago
Reply to  admin GB

Sy dah buat permohonan semalam dan masa permohonan dihantar,line ditempat sy mengalami masalah,hampir 10 minit sy menunggu utk dihantar ..tiada sebarang pemberitahuan mengenai borang sy samada sudah diterima atau belum ..kemudian sy daftar semula,dan i sinar memaklumkn sy sudah buat pendaftaran permohonan ..jadi sy ingin bertanya,adakah borang permohonan sy sudah diterima dn akn diproses?

Zaitun Binti Ismail
Zaitun Binti Ismail
4 years ago
Reply to  admin GB

Saya salah mengisi borang I sinar adakah cara untuk buat pembetulan

Suzie
Suzie
4 years ago
Reply to  admin GB

Sy pon mau tersilap pilih amaun..boleh x nak batalkn dan buat semula

mariam bte rani
mariam bte rani
4 years ago
Reply to  admin GB

Saya puan mariam boleh ke saya batalkan permohonan sebab tersalah pilih jumlah pengeluaran i sinar

Siti Khatijah binti aris

Dengan ada nya duit KWSP ini menolong saya meringan kan beban,sy ibu tunggal kepada tiga org anak……

Siti Khatijah binti aris

Blok 2-5-15 apartment desa tasik sungai besi

JAMATIAH BINTI ABD AMIT

Saya nak tukar amaun pengeluaran akaun 1 KWSP i-sinar

Cheah ai Cheng
Cheah ai Cheng
4 years ago

Salah tekan amount, boleh tukarkah ?

Jaya Kasuma bin Ibrahim
Jaya Kasuma bin Ibrahim
4 years ago

Assalamualaikum dan selamat pagi KWSP,
Saya En.jaya Kasuma bin Ibrahim nak maklum saya lupa nak gerakan i- Sinar
Ke kanan UTK mendapat kan Amaun sebenar jumlah dikehendaki saya.adakah saya boleh membuat permohonan baru i-sinar

Jasvindar
Jasvindar
4 years ago
Reply to  admin GB

Dah tertekan butang hantar, macam mana tu? Amoun tak dapat tukar ke?

Jasvindar
Jasvindar
4 years ago
Reply to  admin GB

Tak pe la saya gie pejabat KWSP terdekat, saya tak faham sangat pasal online and dah salah tekan 2000 je, dan tolak ke kanan butang utk 10 ribu.

Jaya Kasuma bin Ibrahim
Jaya Kasuma bin Ibrahim
4 years ago

No,3-3-3 Kelompok Mawar 16/56 Setiawangsa Ampang Ulu Kelang
54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

rohaizad
rohaizad
4 years ago

aslm hi cara nk cancel i sinar mcm mna ye?? blh tolong tak??

Kalaiselvi
Kalaiselvi
4 years ago

I da apply i sinar tapi silap pilih amount. Boleh tak selepas prosee o tukar limit pergi 10000. Silap pilih 2000

Faizal bin ali basah
4 years ago

asalamulaikum semalam saya ada salah letak berapa jumlah mahu keluar i sinar..

saiful
saiful
4 years ago

kalau xdaftar i akaun bolah tak sy nk mohon i sinar

Kalaiselvi
Kalaiselvi
4 years ago

I ada call kwsp . Dia org cakap boleh kemaskini Tapi kina tungu announcement . Boleh tukar amount

Rosnilawati bt mawi
Rosnilawati bt mawi
4 years ago
Reply to  Kalaiselvi

Sya trsalah pilih amount so nk tukr amount yg btul so cmner nk bt tu…help plsss

Rosnilawati bt mawi
Rosnilawati bt mawi
4 years ago

Sya trsalah pilih amount so nk tukr amount yg btul so cmner nk bt tu…help plsss

Noor Ain Idris
Noor Ain Idris
4 years ago

As salam. Tadi saya ada buat permohonan online i-sinar. Tapi saya sudah tersalah pilih amaun. Jumlah amaun rm5000. Nak mohon rm10000. Boleh tak saya nak batalkan permohonan, dan mohon permohonan yang baru. Boleh bantu saya tak?

Jupinol Agal
4 years ago
Reply to  admin GB

Saya dah apply i sinar..kwan tolong register..permohonan sya telah diterima.tapi masalhnya sya tiada i akaun..macam mana tu?

Mohd Hafiz bin Khairuddin
Reply to  admin GB

Pengisian semula borang i-sinar

Laila
4 years ago

Untung min dah berjaya permohonan i-sinar. Jangan lupa melabur dlm unit trus min.. hehe
Laila recently posted…Illi Najwa Tidak Pernah Menukar Nama Atau AgamaMy Profile

aliya
aliya
4 years ago

assalamualaikum/salam sejahtera saya nak bertanya saya ada pergi kiosk utk kemaskini no.fon bila saya balik saya buat isinar tapi xberjaya dan perlu tunggu sehingga 24jam baru boleh buat balik..dan selepas 24jam saya buat lagi sekali dan keluar soalan2 tapi tetap sama juga tidak berjaya dan perlu cuba selepas 24jam kenapa yee

Abdul Hamid Bin IMLAN
4 years ago
Reply to  aliya

Assalamualaikum [email protected] ada buat permohonan online i sinar kwsp akaun1 .. keputusannya masa mengisi borang online . Anda tidak berjaya menjawab soalan. .. macam mana caranya lebih muda. untuk mendapat permohonan online i sinar kwsp akaun1..

Muhammad Syahril Bin muhamed

P iase keluar my wang i mintanlk rayuan penting untuk guna