Bantuan URUS B40 dan B50

Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau GKP Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

Baca juga : Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga

Bantuan Permai 7

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Soalan Lazim

  1. Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?
    GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
  2. Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?
    GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
  3. Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan?
    Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
    – PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
    – PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
  4. Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat?
    Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.
  5. Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan?
    Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Ini pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas, PERMAI.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

26 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Chan
Chan
4 years ago

GKP2. 0 saya tidak lulus. Oleh itu saya buat rayuan di Desember 2020. Sampai sekarang status rayuan saya masih :rayuan diprocess. Bilakah Keputusan dimaklumkan? Jika lulus, bila bayaran diberikan?

BESSE NILDAWATI
4 years ago
Reply to  Chan

Mcm mne bantuan 3000 k sye tak.dpat sebb mengunakan .acc sarikat permohonan dh di lulus kan tapi silap nya.guna acc sarikat jadi wang tak.dpt dikereditkan.

Juliana
Juliana
4 years ago

Bagai mana dgn org2 yg belum pernah membuat permohonan..gpk 0.1 atau gkp0.2.. boleh kah kami memohon kerana sarat2 yg diberikan kami semua ada..

Winnie
Winnie
4 years ago

Bilakah Keputusan rayuan GKP2.0 dimaklumkan dan bayaran dibagikan?
Rayuan sudah dibuat di Desember 2020.

Mohd Siaful
4 years ago

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat yang dikendalikan LHDN sebenarnya tidak adil untuk pelbagai rakyat Malaysia, kerana permohonan BPR akan ditolak serta-merta oleh LHDN, hanya kerana pemohon ada (pernah) data syarikat di SSM atau di PBT. sedangkan syarikat yang didaftarkan itu dahulu sudah tidak aktif selama lebih dari 3 tahun. belacan punya LHDN.

ISMAIL BIN JAMALUDDIN
ISMAIL BIN JAMALUDDIN
4 years ago

Saya terlepas memohon GKP 2.0 yg lalu.
Adakah saya masih layak lg utk memohon GKP 2.0

shairulAzam
4 years ago

Assalamualaikum sye nk mohon bpn

BESSE NILDAWATI
4 years ago

Mcm mne bantuan 3000 k sye tak.dpat sebb mengunakan .acc sarikat permohonan dh di lulus kan tapi silap nya.guna acc sarikat jadi wang tak.dpt dikereditkan.

NORHISYAM BIN ARSHAD
NORHISYAM BIN ARSHAD
4 years ago

saya tak pernah memohon GKP tolong bantu saya.

Laila
4 years ago

Wow bantuan demi bantuan.. harap tak dibazirkan duit tu semua huhuh
Laila recently posted…Anak Muda Pemilik Berani Buat Ini Kongsi Sebab Tidak Buka Akaun TikTokMy Profile

Rose ditaman hati
Rose ditaman hati
4 years ago

Luluskan dahulu rayuan gkp 2.0 baru nk bg permai ke apa ke.. dah beruban dok tggu keputusan.

abam
4 years ago

banyak kerajaan bagi bantuan untuk rakyat
abam recently posted…Gulai Kawah Batang Pisang Hidangan Orang KedahMy Profile

Mohd Nazri bin Fauzi
Mohd Nazri bin Fauzi
4 years ago

Saya dah buat rayuan, akan tetapi rayuan dalam proses. Bilakah tarikh bayaran rayuan tersebut? Sebab saya ingin memohon GKP PERMAI pula.

mohd kassim samat
4 years ago

GKP Permai adakah perlu buat permohonan baru dan bila boleh buat.

Sharifah
Sharifah
4 years ago

Permohonan GKP 1.0 telah lulus tetapi bank akaun telah “Blacklist” dan bantuan RM3000.00 tidak dapat dimasukan dalam akaun.
Sekarang saya telah dapat surat dari Pejabat insolvensi utk membuka bank akaun baru tetapi kemaskini GKP 1.0 telah tamat.
Apa yang patut saya buat?

kartina saruni
kartina saruni
4 years ago

saya da terlepas GKP yang dulu . sebab mula niaga oktober.. masih berpeluang kah saya utk mohon GKP 2.0

shaan
4 years ago

Dear Sir/Madam, I here never apply the GKP last time. any chance to apply again for GKP 2.0 and pls update me on my email. i have SSM for my Enterprise Company…TQ.

Roszaidey bin Abdullah
Roszaidey bin Abdullah
4 years ago

bagaimana kalau saya terlepas GKP 0.2 bolehkah saya mohon lagi kerana saya cukup syarat -syarat untuk menerimanya.

RISI DARAN
4 years ago

Risi saran a/l Subramaniam
CIMB bank
7060569279