Site icon Geng Borak

3 Cara Berkesan Rawat Mata Rabun di Rumah

Cara jaga mata cantik

Masalah mata rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.

Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan membuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat mata rabun dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

3 Cara Merawat Mata Rabun

#1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat

Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.

Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:

Baca juga : TIPS JAGA MATA, DAYA PENARIK DAN BERSINAR

#2. Lakukan senaman mata

Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal.

Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:

#3. Dapatkan waktu rehat untuk mata

Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.

Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.

Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari. -HelloDoktor-

Exit mobile version