Rumah

Bohonglah jika ada yang mengaku tidak berhasrat untuk memiliki rumah sendiri! Ini kerana dengan adanya rumah yang membuatkan seseorang itu kelihatan stabil dan kukuh dalam kehidupannya.

Tapi tahukah anda terdapat 3 jenis hartanah di Malaysia?

Seorang pengguna Twitter @aizatwms berkongsi ilmu berkaitan jenis hartanah di Malaysia untuk anda ketahui sebelum membeli rumah.

Taman Salak Lestari

Undercon

Rumah yang dibeli daripada pemaju, majoritinya rumah yang belum siap, tetapi ada juga beberapa rumah yang sudah siap tapi belum terjual juga boleh dipanggil “undercon”.

Kelebihan untuk “undercon” ini adalah entry cost rendah.

Maksudnya, booking RM1000, SPA percuma, yang lain semua masuk pinjaman.

Keluar duit RM1,000 sudah boleh beli rumah. Janji pinjaman lepas. Rumah baru dan boleh pilih unit mana anda hendak. Installment ikut progress rumah. Rumah sudah siap, baru bayar penuh.

Kekurangan beli hartanah undercon ini adalah rumah lambat lagi siap kalau tengah buat.

Installment sudah kena bayar sikit sedangkan rumah tidak siap lagi. Ada risiko rumah tidak siap terutama sekali rumah baru di kawasan yang belum matang.

rumah subsale

Subsale

Rumah yang dibeli daripada pemilik rumah ataupun orang panggil rumah secondhand. Asal beli dengan orang dipanggil “subsale” walaupun mungkin kita sudah jadi pemilik ke-3 atau ke-4.

Kelebihan beli hartanah jenis “subsale” ini adalah rumah sudah siap dan boleh tengok rumah dan kawasan.

Biasanya kawasan yang matang. Installment bulanan berjalan apabila bank sudah disburst. Sepanjang proses tukar nama, tidak perlu bayar installment. Kos yang terlibat hanya dari segi lawyer fees, valuation dan deposit.

Kekurangannya pula, entry kos sederhana tinggi. Nak kena prepare 10% deposit, lawyer fees, loan agreement dan valuation.

Sekurang-kurangnya kena ada 15% tunai ataupun akaun 2 KWSP daripada harga rumah. Tidak boleh pilih unit sesuka hati dan mungkin dapat harga yang jual “above market value”.

Baca juga : 7 Tips Mudah Jika Hendak Lulus Pinjaman Perumahan

rumah lelong

Lelong

Rumah yang sudah tidak mampu dibayar oleh pemilik dan dilelongkan oleh pelelong sama ada bank, lppsa ataupun mana-mana institusi kewangan.

Rumah ini dibeli secara bidaan dan bidaan tertinggi akan menang.

Biasanya bermula dengan reserve price sehingga ada orang bid paling tinggi. Dan biasanya reserve price lelong ini murah berbanding subsale dan undercon.

Ada potensi untuk dapat harga 50% below market value. Syarat rumah low cost pun terbatal bila masuk lelong. Jadi, ada peluang untuk beli rumah kos rendah.

Kekurangan untuk beli hartanah secara lelong ini entry cost tinggi. Perlu sediakan 10% tunai daripada reserve price sebelum bida.

Pinjaman kena pastikan lulus. Kalau pinjaman reject lepas menang bidaan, duit 10% itu hangus. Banyak kos tersembunyi seperti tunggakan maintenance, cukai pintu ataupun cukai tanah.

4 Comments

  1. Dulu masa saya mula-mula beli rumah pon beli rumah yang Undercon…

    Pada masa tu mmg tak tahu sangat diistilahkan pasal Undercon..

    Masa tu survey2 dengan dua kontraktor.. yang pertama tak jadi sbb projek tu delay lama sangat.. tp bila dah siap.. memang cantik rupanya.. .

    tp tak sanggup nak tanggung risiko pada waktu tu.. hehhe
    Mazuki Mustaffa recently posted…Proses Jual Rumah Di Malaysia – 13 Perkara Anda Perlu TahuMy Profile

Leave a Reply to Dwi Wahyudi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge