Siput cone 1

Pantai sering menjadi destinasi pilihan paling popular ketika musim cuti. Bagaimanapun kita haruslah sentiasa berwaspada kerana laut merupakan rumah bagi sesetengah spesies haiwan yang mampu mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Asyik leka bermandi-manda di tepian pantai, berhati-hati juga dengan hidupan laut yang bahaya.

Berikut merupakan empat hidupan laut yang dikategorikan sebagai paling berbahaya di dalam dunia.

1. Ikan yu

Siapa yang tidak kenal dengan ikan yu atau lebih dikenali sebagai jerung. Kes-kes berkaitan serangan haiwan ini terhadap manusia sering kali didengari di kawasan-kawasan pantai di serata dunia.

Menurut Peter Klimley, seorang pengkaji tingkah laku haiwan dari Universiti California, ikan yu sebenarnya tidak menyukai daging manusia kerana daging manusia tidak mengandungi kalori lemak yang tinggi tidak seperti anjing laut atau singa laut yang merupakan sumber makanan utama ikan yu.

Ikan ini menyerang manusia kerana penglihatannya yang kurang jelas mengakibatkan haiwan ini menganggap manusia sebagai makanannya.

shark ikan jerung malaysia

2. Obor-obor kotak

Obor-obor kotak atau nama saintifiknya Cubozoa ini merupakan salah satu hidupan laut yang sangat berbahaya.

Boleh ditemui di kawasan perairan pantai Australia utara dan Indo-Pasifik, haiwan berwarna biru pucat dengan bentuk seperti kotak ini mampu membesar sehingga mencecah 10 kaki panjang dan 10 inci lebar.

Terkenal dengan racunnya yang sangat kuat, obor-obor ini mempunyai lima ribu sel menyengat yang mampu mengakibatkan kematian.

Bagi mana-mana mangsanya yang terselamat pula, mereka terpaksa menanggung kesakitan selama berminggu-minggu kerana sengatan obor-obor kotak ini sangat berbisa sehingga mampu kemunculan parut pada kawasan kulit yang disengat.

Baca juga : Rahsia Sebab Apa Penutup Botol Mineral Berbeza Warna?

hidupan laut obor-obor kotak

3. Sotong berbintik biru

Sotong berbintik biru atau nama saintifiknya Hapalochlaena ini boleh ditemui di kawasan lautan Asia Pasifik, Jepun dan Australia.

Merupakan antara hidupan laut paling berbisa di dunia, racun yang terhasil oleh sotong ini adalah 10 ribu kali ganda lebih berbisa daripada sianida.

Meskipun hanya berukuran sebiji bola golf, haiwan ini mampu membunuh seorang manusia dalam masa hanya beberapa minit.

Bintik-bintik biru yang ada pada sotong ini akan menjadi cerah sekiranya haiwan tersebut merasakan dirinya dalam keadaan terancam dan racun akan segera dihasilkan.

Sehingga kini, masih tiada penawar yang diciptakan bagi mengubati racun haiwan berbahaya ini.

Baca juga : 5 Jenis Cacing Yang Buat Penyakit Dalam Perut

Sotong bintik biru

4. Siput Cone

Haiwan ini berkemungkinan kelihatan seperti siput biasa, namun hakikatnya, Siput Cone ini merupakan haiwan yang sangat berbahaya.

Sering bersembunyi di bawah pasir, siput Cone hanya akan menyerang sekiranya ia merasakan dirinya diancam.

Meskipun diciptakan dengan cengkerang yang cantik, haiwan ini mampu mengambil nyawa tanpa menyebabkan mangsanya berasa apa-apa kesakitan.

Siput Cone ini dikategorikan sebagai haiwan pemangsa dan akan memburu mangsanya dengan mencucuk mereka menggunakan probosisnya yang tajam dan beracun.

Baca juga : 6 Lokasi Percutian Menarik di Terengganu, Mesti Pergi!

Artikel Berkaitan : 6 Aktiviti, 33 Lokasi Yang Boleh Dilakukan Semasa Cuti Sekolah

hidupan laut berbisa

Kesimpulannya, terdapat pelbagai hidupan di laut yang merbahaya. Ia mampu untuk meragut nyawa manusia pada bila-bila masa. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berwaspada kerana mereka boleh muncul pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge