Mesti ramai diantara kita yang berdepan dengan masalah double chin ini. Kalau orang perempuan boleh tutup dengan tudung double chin mereka, tapi kalau orang lelaki ini tak akan nak pakai tudung pula. Tentunya tak boleh.
Sesiapa yang memiliki double chin ini tentunya berdepan dengan masalah tak yakin nak ambil gambar atau selfie. Mana tidaknya, angle mana-mana pun tentunya akan nampak double chin tu.
Kenapa ada double chin?
Bahagian leher kita biasanya akan menunjukkan tanda-tanda penuaan ataupun naiknya berat badan. Ini disebabkan kulit di bahagian leher lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain.
Namun, ada beberapa senaman muka yang boleh membantu anda memerangai perubahan ini.
1. Senaman gerakkan rahang bawah
2. Bentukkan mulut anda dalam huruf “O” dan bertahan selama 5 saat. Ulangi senaman ini beberapa kali. Boleh cuba dengan huruf “E”.
3. Sekiranya anda nak kembalikan bentuk wajah anda ke wajah yang lebih muda dan menarik pipi ke atas, lakukan latihan berikut:
Pusingkan kepala ke kiri, dan tarik rahang bawah ke depan, meregangkan otot leher anda. Anda harus merasakan otot-otot di sebelah kiri leher anda meregang. Kemudian putar kepala ke kanan dan lakukan gerakan yang sama. Ulangi 5 kali pada setiap sisi.
4. Duduk tegak. Condongkan kepala anda ke atas dan muncungkan mulut anda. Cuba sampaikan bibir atas anda dengan bibir bawah tanpa menyatukan gigi. Ulangi senaman ini beberapa kali.
Lakukan senaman ini 1 atau 2 kali sehari kalau nak nampak hasil yang baik.
Lagipun senaman-senaman ini bagus untuk penjagaan leher dan mampu meningkatkan aliran darah dan memperkaya kulit dengan oksigen.
Rajin-rajin amalkan, lepas ini tak malu lagi nak ambil gambar.