Site icon Geng Borak

5 Bahasa Badan Wanita Ketika Mereka Dilamun Cinta Yang Lelaki Perlu Tahu

Bahasa Badan Perempuan

Lelaki dan wanita berbeza dari cara pemikiran hingga lah kepada pergerakkan mereka. Termasuk ketika anda di lamun cinta, lelaki dan wanita mempunyai gaya tubuh yang berbeza ketika di lamun cinta.

Jadi, apakah bahasa tubuh wanita yang lelaki boleh tahu bahawa mereka sudah di lamun cinta dengan pasangan? Jom Baca!

1. Mata.

Seperti melihat baju pengantin di kaca bangunan, matanya begitu bersinar, begitu juga lah matanya ketika melihat pasangan tercinta. Matanya apabila menatap wajah pasangan seperti boleh tembus sehingga ke penghujung jalan.

2. Senyuman dan gelak tawa.

Senyuman mereka pula, tersipu malu dan hujung bibir digigit lembut. Itu adalah salah satu cara wanita untuk menggoda pasangannya. Hati-hati, cair hati yang melihatnya! Tetapi apabila pasangan tidak berada di depan mata, mereka akan sentiasa senyum kecil apabila teringat kisah-kisah lucu dengan pasangan.

Mereka akan sentiasa tertawa kecil seperti terkekek sambil menutup mulut. Setiap kata-kata pasangannya sentiasa melucukan. Mudah terhibur sis ni, hehe.

3. Gerakan tangan dan pipi kemerah-merahan.

Mereka juga gemar bermain dengan rambut dan memintalnya. Jika wanita memakai tudung ketika itu, hujung tudung pun mahu dipintal, seperti pintalan buih yang tidak akan kehabisan. Selain daripada itu, pipi mereka juga akan menjadi kemerah-merahan kerana malu untuk bertentang mata dengan pasangan.

4. Pergerakan badan yang gelisah.

Di samping itu, wanita akan menjadi tidak tentu arah jika pasangan semakin menghampiri mereka. Pipi kemerah-merahan,bibir sentiasa tersenyum kecil, berjalan seperti tiada arah tuju atau di dalam bulatan yang sama, ya mereka sudah jatuh cinta pada anda!

5. Gaya percakapan.

Berbeza dengan lelaki yang suka bersuara lantang, tetapi wanita yang di lamun cinta akan merendahkan nada suara mereka menjadi lebih feminin. Malu la dengan pasangan jika mereka menjerit tidak tentu pasal pula, bukan untuk berubah menjadi orang lain, tetapi mereka mahu hanya pasangan sahaja yang boleh mendengar suara mereka dan menjadi lebih rapat.

Itulah serba sedikit tentang bahasa badan wanita yang perlu lelaki ketahui. Ada masa untuk ketahui bila seseorang itu benar-benar gembira, perasaannya yang suka dan juga sebaliknya. Kalau ada 5 bahasa badan tu, dah jatuh cinta laa tu!

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Exit mobile version