anak kecil solat

Dikalangan kita pasti ada sahaja masalah keluarga yang tidak dapat diluahkan pada siapa-siapa. Bukan sahaja anak-anak yang mempunyai masalah dengan kedua ibu bapanya, para ibu bapa juga mempunyai masalah dengan anak-anak dalam membina hubungan kekeluargaan yang berlandaskan syariat.

Dengan pengaruh dan teknologi terkini, banyak perkara-perkara yang bakal melalaikan seseorang daripada melakukan solat terutamanya. Bilamana melihat anak-anak leka bermain permainan video, berhibur sehingga tengah malam dan pelbagai lagi, sudah tentu merisaukan ibubapa.

Situasi sebegini sedikit sebanyak memberi impak pada hubungan kekeluargaan, menjadi semakin tidak bahagia bahkan tidak harmoni juga.

keluarga bahagia idaman

Jadi, jom ikuti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew, cara yang bagaimana untuk memujuk pasangan dan anak-anak yang berkeras hati tidak mahu solat ini.

Saja nak share 5 cara pujuk pasangan, anak-anak yang keras hati malas solat dan jauh dari kebaikan. Syukur pada Allah. Saya selalu buat pada orang tepi jalan budak nakal atau abang gengster pun boleh jalan dan inilah selalu saya nasihat pada yang ada masalah keluarga.

1. Luahkan perasaan kasih sayang.

Pertama cakap betapa kita sayang mereka. Nabi saw sayang mereka. Allah sayang mereka. Mereka rindukan kasih sayang Allah. Rindu kasih sayang ikhlas dalam hidup mereka.

2. Sentiasa makan berjemaah ataupun sambil suap menyuap.

Kedua makan berjemaah suap makan. InsyaAllah akan terasa hati jadi dekat. Sunnah Nabi SAW makan berjemaah kalau boleh satu bekas yang sama.

Makan bersuap

3. Sentiasa memeluk mereka.

Ketiga peluk mereka dengan ikhlas. Walau ayah kita yang dulu garang. Balik dan peluk mereka. Anak kita yang dah besar. Inikan pula mak anak atau ayah anak kita. Mereka rindukan pelukan..biasanya sebak dan rasa nak menangis.

4. Kemudian membuat Taklim di dalam rumah.

Selepas itu buat Taklim. Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga setiap hari. Walau 10 minit. Lagi lama lagi bagus tapi istiqamah setiap hari. Rahmat, hidayah, kasih sayang meliputi rumah kita.

belajar quran

5. Sentiasa mengajak untuk melakukan solat fardhu berjemaah.

Selebihnya jaga solat Fardhu awal waktu waktu berjemaah dan selalu solat tahajud, dhuha, hajat minta Allah beri hidayah buat setiap ahli keluarga. Sebut nama mereka seorang demi seorang. Jangan lupa yer.

Dah ramai amalkan Allah beri keberkatan dalam keluarga mereka. Segalanya berubah – ebitlew –

Semoga Bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge