Pasangan Suami Isteri

Mencari pasangan yang sanggup susah senang bersama dengan anda bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi pada masa ini, ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu kemudian barulah hati budi masing-masing. Ini kerana, ramai yang inginkan hidup yang selesa pada masa akan datang dan tidak mahu mengambil risiko.

Tapi jangan cepat salah sangka, ada sahaja seseorang yang sanggup susah senang bersama anda. Dia itulah yang akan setia di sisi anda malah akan menerima anda seadanya anda. Nak tahu bagaimana orang itu?

sanggup susah senang bersama

Sentiasa menyokong anda dalam apa jua keadaan

Saat susah atau senang anda, dia akan sentiasa beri sokongan dan galakan. Malah, dia sentiasa beri kata-kata semangat buat anda agar anda terus yakin dengan apa yang anda lakukan. Dia tidak akan mengeluh walaupun anda dalam keadaan yang sangat genting.

Bersedia untuk berkorban buat anda

Dirinya tidak seperti pasangan lain, dia ini lebih unik. Dia sanggup berkorban untuk anda walaupun dia masih tidak jelas apa yang akan berlaku kelak. Jika anda memerlukan wang, dia akan berikan kepada anda dahulu. Malah, jika orang lain menaiki kereta mewah, dia tidak kisah pun terpaksa menaiki motosikal bersama anda.

Dia sentiasa di sisi, tidak pernah memaksa atau merungut

Walaupun anda dalam keadaan yang susah, dia tidak pernah merungut ataupun mendesak anda untuk menjadi lebih baik. Dia cuba memahami anda sambil beri kata-kata semangat buat diri anda. Dia sentiasa mahu yang terbaik buat anda dan dia faham bahawa setiap perkara memerlukan masa.

Baca juga : Jodoh Tak Disangka, Daripada Tak Suka Boleh Jadi Sayang

Hubungan suami isteri

Tidak minta barang yang mewah tapi cukup jika anda tahu menghargainya

Jika pasangan lain mahukan barangan yang mewah sebagai hadiah atau pelbagai kejutan, tapi dirinya tidak sebegitu. Dia hanya mahu menikmati masanya bersama anda dan sentiasa anda mahu anda hargai dirinya. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan masa yang kalian luangkan bersama.

Sabar dan sentiasa sabar dengan segala ujian mendatang

Tidak pernah mengeluh atau merungut, dia sentiasa sabar dengan apa jua yang mendatang. Walaupun berkali-kali anda gagal, tetapi dia masih setia di sisi anda dan sabar dengan apa jua yang berlaku. Dia tahu setiap kejayaan bermula dengan kegagalan.

Baca juga : 17 Petanda Seseorang Lelaki Itu Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda
Artikel Berkaitan : 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Untuk Anda

sanggup susah senang bersama

Hargai Susah Senang Bersama

Jika anda bertemu dengan seseorang seperti ini, hargai dirinya. Jangan pernah sesekali mengabaikannya. Ini kerana, bukan mudah nak jumpa seseorang yang sanggup susah senang bersama serta terima anda seadanya.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 1,094,875  ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

2 Comments

  1. biasanya perempuan ni rata-rata sanggup bersusah senang bersama kecuali yang lahir-lahir dah duduk dalam dulang emas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge