Walaupun secara realitinya dia itu adalah pasangan kita yang paling kita sayang sekali pun, tapi bila berdua dengannya kita tahu bagaimana layanan dirinya terhadap kita. Mungkin depan orang nampak macam pasangan yang begitu romantik dan manis sekali, tapi bila berdua sebaliknya berlaku.

Kadang kala tidak semua hubungan yang kita harapkan itu akan menjadi romantik dan indah seperti yang kita harapkan. Salah faham dan berbaik semula itu biasa malah sama-sama merajuk juga perkara biasa kerana kalian berdua saling menyayanginya.

Tapi, kena fikirlah jugak kan kalau dalam hubungan hanya kita yang mengalah dan hanya kita sahaja yang perlu berjuang.

Itu bukan menjadi satu hubungan yang bahagia tapi lebih dikenali sebagai “toxic relationship”. Dimana hanya seorang sahaja yang berjuang untuk membuat hubungan bahagia, akan tetapi pasangan pula hanya lepas tangan sahaja.

Hubungan seperti ini biasanya tidak kekal lama kerana hanya akan melukakan hati sendiri malah kita juga akan pulihkannya semula. Ada beberapa jenis hubugan seperti ini yang perlu anda elakkan.

1. Selalu suruh minta maaf sedangkan dia yang salah.

Kalau kadang kala berlaku mungkin ego yang menguasai diri, akan tetapi jika ia terus menerus berlaku itu tandanya hanya kita sahaja yang sedang jaga hubungan tersebut dengan baik. Sering kali mengalah dan meminta maaf walaupun bukan salah yang kita lakukan itu tanda bahawa hubungan ini bukan satu yang membahagiakan diri.

Jika kerap kali berlaku perkara ini, jangan pilih untuk teruskan hubungan tetapi lebih memilih untuk cari kebahagiaan yang mungkin bukan bersamanya. Ini kerana, bila berkahwin pun dia masih akan kekalkan sikap “king” atau “queen” dalam dirinya.

2. Salahkan diri sendiri sedangkan kelakuan dia tidak sepatutnya.

Dia yang berlaku curang, menipu, tidak setia serta pelbagai lagi perkara lain yang dia lakukan, tetapi akhirnya dia menyatakan bahawa diri kita adalah punca semua kesalahan itu berlaku. Sedangkan perkara tersebut adalah pilihan atas dirinya.

Seseorang yang tulus menyayangi diri kita tidak akan lakukan perkara ini dan menyalahkan diri kita semula. Ini kerana, perkara ini adalah pilihan yang dia mahukan.

3. Segala perkara diatur oleh pasangan.

Nak pergi sana tidak boleh, nak buat itu pun tidak boleh. Semua perkara yang kita lakukan mendapat halangan daripadanya. Dia selalu tidak bersetuju, tetapi dirinya pula tidak suka diatur oleh kita. Perkara ini seolah-olah menghalang diri kita untuk lebih berjaya.

Sebagai pasangan seharusnya memberi sokongan dalam setiap hal. Malah dia juga orang yang setia memberi semangat dalam segala perkara yang kita ingin lakukan.

4. Pasangan berubah-ubah perangai.

Bila inginkan sesuatu, dirinya akan menjadi orang yang baik dan begitu menyayangi kita. Bila dia sudah dapat apa yang dia mahukan ataupun sudah rasa kita tidak diperlukan, dia menjadi orang yang sangat dingin terhadap diri.

Jika selalu diperlakukan sebegini, ketahuilah bahawa dirinya sedang ambil kesempatan ke atas diri kita.

5. Rasa takut nak akhiri hubungan.

Takut tiada siapa yang memilih, tiada yang mahukan dan hilang tempat bergantung membuatkan kita terus bertahan dengan sikapnya. Perkara ini sememangnya akan berlaku kerana dirinya telah menguasai anda agar kita takut akan berlakunya perpisahan.

Jangan takut untuk mulakan langkah baru dalam hidup. Sudah tentu akan ada sinar yang menunggu di hadapan.

Jangan berada dalam hubungan yang tidak menguntungkan diri anda. Ini kerana, kita hanya akan melukakan diri sendiri dan membazir banyak perkara kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge