Site icon Geng Borak

5 Tanda Wanita Hanya Mahu Berkawan, Bukannya Menyimpan Perasaan Cinta

Pasangan bergaduh

Bila sedang single ini, kadang kala begitu mudah nak jatuh cinta atau terperasan dengan sendirinya. Eh, kejap rasa macam orang itu suka dia, sekejap rasa macam orang ini pula yang menyukainya. Ala-ala macam ada ramai peminat.

Namun begitu, tidak semua orang yang mendekati anda itu mempunyai perasaan. Boleh jadi, mereka ini mendekati anda kerana merasakan anda begitu selesa untuk dijadikan teman. Nak-nak lagi, jika seorang wanita itu tiada ramai lelaki, anda mungkin antara lelaki yang ingin dia berkenalan.

Nak tahu adakah seorang wanita itu mempunyai perasaan pada anda ataupun dia sekadar nak berkawan sahaja? Mari baca ini.

1. Selesa berkongsi semua perkara

Jika dia begitu selesa berkongsi semua perkara dengan anda, hati-hati… kemungkinan dirinya ingin tunjukkan siapa dirinya ataupun dia sememangnya selesa berkongsi dengan anda kerana anda boleh dipercayai. Kadang kala, wanita yang menyukai anda dia tidak akan tunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jadi hati-hati.

2. Bergurau tanpa segan silu

Selalunya orang yang menyimpan perasaan dengan anda ini akan rasa malu dan agak takut-takut dengan anda kerana bimbang jika perasaannya diketahui. Akan tetapi, jika dirinya selalu bergurau dengan anda tanpa segan silu, itu kerana dia selesa berkawan dengan anda.

Baca : 17 Petanda Seseorang Itu Sedang Jatuh Cinta dengan Anda

3. Ajak lepak bersama rakan-rakannya

Dirinya ajak anda lepak bersama rakan-rakan bukan kerana dia mahu kenalkan anda pada rakannya, akan tetapi kerana anda juga merupakan rakannya, jadi tak salah baginya. Bab ini, hati-hati jangan terlalu perasaan pula takut nanti kawannya pula yang dapat hidu perasaan anda.

4. Cari anda saat perlukan

Saat dirinya kesedihan atau tempat luahan, maka dia akan mencari anda. Itu bermakna dia begitu selesa berkongsi dengan diri anda. Biasanya wanita akan lakukan perkara ini apabila dia mempercayai anda. Jangan pula anda yang ambil kesempatan ke atas dirinya.

5. Mempunyai rakan lain bukan nak buat anda jeles

Jika dia mempunyai ramai rakan lelaki lain, itu bukan bermakna dia ingin buat diri anda cemburu, tetapi dia memang selesa berkawan dengan ramai orang. Anda juga merupakan salah satu dari rakannya bukan.

Dalam perasaan ini kita perlu berhati-hati, jangan pula anda mudah jatuh hati atau terlalu kuat perasan. Nanti diri sendiri juga yang susah.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Exit mobile version