bisnes online

Sekarang ini ramai di kalangan kita yang gemar melakukan perniagaan secara “online”, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil akibat pandemik Covid-19. Anda juga boleh mulakan perniagaan secara dalam talian untuk menjana pendapatan sampingan.

Perniagaan “online” ini sebenarnya tidak begitu susah tetapi ramai juga yang melakukan kesilapan di awal memulakan perniagaan mereka.

Kami ingin kongsikan tips bagaimana memulakan perniagaan “online” dengan cara yang betul.

Manifestasiti2020 Beli Online

1. Jual produk orang lain atau dropship

Satu bonus jika anda mempunyai produk sendiri untuk dijual tetapi jika tiada, anda boleh sahaja menjual produk orang lain. Cari produk berkualiti, tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan stok, mudah dijual dan mempunyai jenama tersendiri. Jenama itu penting agar pelanggan tidak berasa ragu-ragu untuk membeli.

Nak jadi dropshipper, jual buku-buku, boleh join Usahawan Buku.

2. Bermula dengan modal kecil

Berniaga online memerlukan ilmu dan pengalaman. Jangan terlalu memikirkan tentang untung. Cuba mulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Setelah berjaya dan mendapat permintaan tinggi, anda boleh meningkatkan modal sedikit demi sedikit.

Baca juga : Belajar di Kelas Jualan Shopee Terbaik, Terbukti Berhasil

kelas shopee zarini

3. Jual produk yang unik dan ‘trending’

Antara sebab pelanggan membeli produk secara online adalah kerana produk yang dijual sukar didapati di luar. Oleh itu, cuba cari produk unik. Tetapi jika anda ingin menjual produk yang sama, fikirkan kenapa produk anda istimewa dari produk lain sehingga dapat menarik hati pelanggan untuk membeli.

Ada yang nak buat jualan barang bundle, boleh dapatkan panduan Lubuk Bundle

4. “Test market”

Sebelum menjual, buatlah ujian terlebih dahulu terhadap produk anda, samada ia barangan kecantikan, kesihatan atau barangan elektrik. Jangan keluarkan modal sebelum anda betul-betul pasti produk tersebut mempunyai nilai untuk dijual.

5. Pastikan keuntungan tinggi

Ketahui kos keseluruhan perniagaan anda iaitu modal,kos pembelian, penghantaran, pengiklanan dan lain-lain. Pastikan anda menjual produk yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi.

Semoga lima tips mudah ini dapat membantu anda memulakan perniagaan “online” dengan bijak.

4 Comments

Leave a Reply to adi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge