Bahasa Badan Perempuan

Apa yang akan wanita pandang dalam diri seorang lelaki? Adakah penampilan atau tubuh badan yang ada. Pasti ramai lelaki yang tertanya-tanya akan perkara sebegini bukan?

Mana tidaknya, menarik perhatian seorang wanita ini tidak mudah, lagi-lagi jika ingin mendapatkan pertemuan kali pertama, pastilah saat ini akan dihargai dan ingin tonjolkan apa yang diri anda miliki.

Pada kali pertama, mata, dan hidung wanita ini akan sensitif terhadap anda. Jadi pastikan anda berhati-hati pada pertemuan ini, jika tersilap langkah takut tiada pertemuan yang kedua.

pertemuan pertama

1. Penampilan anda.

Perkara ini teramatlah penting untuk menarik perhatian wanita. Penampilan yang kemas dan mengenakan pakaian yang bersesuaian pasti akan menambat hati mereka. Tidak cukup dengan itu, jika anda bijak bergaya pasti itu dikira bonus buat mereka. Jangan lupa jaga penampilan anda ye.

2. Bau tubuh badan.

Kebanyakan wanita sukakan sesuatu yang wangi. Jadi apabila memilih pasangan juga, pasti dia mahukan yang wangi. Bau tubuh badan ini juga penting ye, untuk membuat dirinya menilai akan kebersihan yang anda terapkan pada diri anda. Jika badan anda berbau atau baju anda berbau, maka bye-byelah walaupun anda ada rupa yang elok.

3. Keadaan muka.

Ada sesetengah wanita sukakan lelaki yang mempunyai misai dan berjambang dan ada pula yang tidak. Namun begitu, apabila anda menyimpan jambang atau misai, pastikan bahawa anda telah mengurusnya dengan baik. Jangan biarkan kedua-dua ini kelihatan tidak terurus. Ia akan membuatkan wanita hilang selera mereka untuk melihat anda.

Baca juga : 8 Sikap Wanita Yang Membuatkan Lelaki Cepat Bosan

pasangan muda

4. Keadaan rambut.

Rambut ini adalah asset penting bagi lelaki. Hal ini kerana, rambut yang terurus lebih menyedapkan mata pandangan wanita. Jadi pastikan anda menyisir rambut anda dengan rapi. Dan kalau boleh letakkan sedikit pomed atau minyak rambut, barulah kelihatan kemas dan terletak.

5. Gaya percakapan.

Elakkan untuk menggunakan kata-kata yang kasar apabila berbual dengan mereka ini. kalau boleh juga, jangan menggunakan nada yang tinggi ataupun terlalu lembut. Cukup jika anda menggunakan nada yang biasa-biasa untuk berbual dengan dirinya.

6. Mood anda.

Mood juga mempunyai peranan ye! Apabila mood anda dalam keadaan yang baik, ia akan menimbulkan keselesaan dalam diri si dia. Apabila mood anda tidak baik, dia juga takut untuk berbual dengan anda malah dia juga akan mengalami mood yang sama dengan anda.

romantik

Jaga perkara-perkara sebegini apabila anda ingin menemui seorang wanita buat kali pertama. Hal ini kerana, pertemuan pertama ini akan memberi impak kepada keputusan untuk pertemuan yang seterusnya. Jadi jangan mudah mengabaikan perkara sebegini.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments