duit ringgit malaysia

Bersyukur kepada mereka yang telah menerima bantuan sara hidup fasa ketiga baru-baru ini. Kepada yang tidak berjaya menerima sebarang bantuan BSH, jangan risau. Ini kerana permohonan Rayuan BSH 2020 dibuka.

Jika BSH fasa 1 dan 2 LULUS tetapi BSH fasa 3 gagal, boleh buat RAYUAN BSH FASA 3

Untuk maklumat, permohonan BSH 2020 dibuka bermula pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Ini bermakna, tempoh permohonan rayuan diberikan kepada mereka yang tidak berjaya.

semakan kelulusan BSH 2020

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).

Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut:

Bayaran BSH 2020 Fasa 3

Senarai Semak Dokumen Sokongan Rayuan BSH 2020

Beberapa dokumen diperlukan semasa membuat proses rayuan.

  • Salinan Mykad sendiri
  • Salinan Mykad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat Status perkahwinan

Ini bagi memastikan mereka yang merayu merupakan yang benar-benar layak mendapat bantuan ini.

Untuk maklumat lebih lanjut cara untuk membuat rayuan BSH, rujuk laman sesawang BSH untuk dapatkan panduan membuat rayuan BSH 2020 secara online.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Secara Online

Permohonan Rayuan BSH 2020 secara dalam talian boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus dengan kod tertentu sahaja. Selain daripada status Tidak Lulus berkenaan, Rayuan BSH 2020 perlu dibuat di Cawangan LHDNM.

Mohon Rayuan BSH 2020 Online

Sila klik  untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan BSH 2020 yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.

Syarat-Syarat Rayuan BSH 2020

Namun rayuan ini tidak layak sekiranya  :

1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
2. Menetap di luar negara
3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
7. Pemegang saham / pengarah syarikat
8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Jadi , jika anda memiliki mana-mana syarat yang dinyatakan di atas sini , kemungkinan besar anda memang tidak dapat duit BSH ini.

Kaunter BSH tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti
Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di bawah. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu
operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang.

Bagi PKH yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pada umum akan
dipamerkan pada premis berkenaan. Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di sesuatu tempat.

Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan

Wang Bantuan

Maklumat Lanjut Borang Rayuan BSH 2020

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan dan rayuan BSH 2020 Fasa 1 & 2 dan BSH Fasa 3 serta semakan BSH/ akaun bank, pemohon boleh menghubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

1. Sekretariat BSH

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BSH LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BSH MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

5. Laman Web

  • https://bsh.hasil.gov.my/

Selamat membuat permohonan rayuan melalui Borang Rayuan BSH tahun 2020 untuk pemohon yang gagal atau ditolak permohonannya. Diucapkan semoga permohonan rayuan yang dibuat berjaya diluluskan sekaligus anda dapat menerima Bantuan Sara Hidup.

37 Comments

  1. Can advise where to complain for 2nd payment not receive for BPN .

    Only receive the first payment(RM 500.00 ) for BPN for April 2020.

    Balance RM 500.00 of BPN not bank in on May 2020.

    Kindly assist and advise how to do to get the 2nd payment

    Lau – 012-3884613/0123928371

    1. Bsh 2020,saya tak dapat lulus, kalau saya check pun tak ada rekod, saya ibu tunggal dan tiada kerja pasal covid. Tolong check detail saya.

        1. Mohon untuk rayuan

      1. Saya Duda brasal dri Sabah.ogos 2019 kemalangan jalan Raya.kini saya hanya kerja Sambilan Security guard.bagaimanakah cara utk saya memohon bantuan

        1. Sebelum membuat rayuan bsh
          dpt no kod 28 .. Sesudah membuat rayuan secara manual di UTC dan membuat semakan muncul lagi satu kod 07,tidak lulus sedangkan isteri sy sudah 3 bulan diberhentikan kerja start hujung bulan mei 2020 dan smpai sekrng tidak bekerja dan tgh sarat mengandung . Adakah pihak dri en/cik tidak membuat semakan ttg maklumat pemohon ? Seprti tidak update dri pihak sana..mohon pencerahan ,terima kasih 🙂

    2. Sy buat rayuan dah tp masih tak lulus jugak..boleh tahu tarikh kelulusan nya bila?

    3. macam mana nak buat rayuan fasar ketiga …saya dah tengok ..tapi tidak lulus…

  2. No 8 jalan kebudayaan 36 taman universiti 81300 skudai johor

    1. Mohom bantuan sara hidup

    2. Kenapa bantuan Sara hidup saya tahun ini tidak di Luluskan.saya tiada pekerjaan yang tetap lagi. Saya harap pihak kerajaan dapat pertimbangkan rayuan Saya.

  3. BSH 2020 – fasa 3, Saya terima Fasa 1 & Fasa 2. Bagi Fasa 3, Saya terima “TIDAK LULUS”. Tolong check semula kerana suami kena potong gaji 75% saya baru masuk kerja pada bulan July 2020 dan dikenakan potong gaji 10%.
    Segala Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amat dihargai. Terima kasih

    1. Author

      cikpuan boleh semak dengan kod tidak lulus dan rujuk pejabat LHDB segera untuk rayuan BSH fasa 3

  4. saya blum pernah memohon bsh…macam mana tu cik tuan puan

      1. Mohon dah 3 kali tapi tak lulus..
        Saya kerja gaji hari.
        Income tak menentu
        .. Apa masaalah..
        Saya asal sabah
        . Kerja di semananjung dah 35 tahun

        1. Sy kod 28 dh buat rayuan tp smpai skrang masih tidak lulus kenape?

          1. Askum.sya KO’d 28 kenapa tidal lulus Bsh,dh 2x isi borang perkhawinan tk lulus jga

  5. Saya janda anak 3 orang masih bersekolah.ada ssm tapi tak berniaga pun sekarang sebab dah tutup kedai pada disember 2019 lagi, saya sekarang pun sudah 8 bulan tsk bekerja.tapi permohonan bsh gagal..kenapa

      1. Tlong beritahu mcm mne klau tiada rekod permohonan.. BPN sy dpt.. Tpi 1000 jew.. BSH sy cek tiada rekod prmohonan

  6. saya telah pencen tahun 2019 dan pencen saya sebanyak 250 rm sebulan..isteri saya juga tidak bekerja..adakah saya layak mendapat bsh..

    1. Saya sudah buat rayuan talian tapi akhir nak hantar documents tapi tak boleh, nak tanya apa jadi?

  7. hello i am living in Cape Town South Africa and would like to apply for B40 as i am overseas unemployed and would like to be eligable for free Qurantine upon returning to Malaysia

  8. Kod 07 & 28

    Mula kod 34 dh buat rayuan slps tu cek lg kluar pula kod 07 & 28

    Perlukah sy buat rayuan lagi?

  9. Saya adalah penerima layak untuk BSH 2.0 tetapi terlepas untuk membuat permohonan BSH. Bagaimana saya boleh membuat permohonan baru selepas dari tarikh permohonan rayuan yang lepas (7 Ogos – 6 Sept 2020). Adakah permohonan baru BSH 2.0 akan dibuka lagi pada masa akan datang?

  10. HI Cik Puan saya terima tidak layak sebelum ini suami saya terima tapi kali ini tidak layak, gaji saya sdh dipotong 30% tolong bagi penjelesan

    1. Author

      Boleh buat rujukan dan bawa dokumen sokongan pendapatan ke pejabat LHDN untuk maklumkan

  11. Saya tidak berkerja..semasa bantuan Sara hidup.diberikan..BSH saya sahaja tidak dapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge