Site icon Geng Borak

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman

Pasangan Minum Gembira

Menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah. Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantinanya sebagai perempuan, namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan.

Semua orang menyayangi pasangan masing-masing, kalau boleh apa yang terbaik buat pasangan pasti ingin diberikan kepada mereka, seperti kediaman yang selesa, memberi kejutan buat mereka, ataupun menolong buat kerja rumah.

Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

1. Kamu seorang yang jujur.

Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?

2. Kamu bersifat optimis dan berdikari.

Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Kamu bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

3. Kamu Seorang perempuan yang selalu melindungi adik-adikmu.

Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikan secara fisik sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik-beradik.

4. Anak perempuan sulung biasanya pandai memasak.

Sudah pasti kamu biasa memasak dan membuat kuih mueh untuk adik beradik atau orang tua kamu. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak,selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman pada amnya.

Baca juga : 7 Tanda Perempuan Suka Kita, Menaruh Perasaan Dalam Diam

5. Kamu pendengar yang baik.

Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik mu, maka jelas sekali bahawa kamu pendengar yang baik. Kamu juga mendengar keluhan kisah adikmu dan tidak jarang memberikan adik kamu untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

6. Anak sulung perempuan merupakan calon ibu yang baik.

Macam mana menjadi isteri idaman? Kamu kan sebagai anak sulung yang sudah terbiasa menjaga adikmu. Kamu selalu membantu ibumu membuat kerja-kerja rumah disaat ibumu menguruskan adik-adikmu yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas kamu mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.

7. Anak sulung perempuan terkenal dengan kerajinannya.

Kamu selalu membantu ibubapa membersihkan rumah disaat ibubapa kamu keluar atau pergi berkebun dibelakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.

Baca juga : 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Untuk Anda

Jodoh itu rezeki daripada ALLAH. Seseorang itu perlu berusaha untuk bertemu dengan jodohnya. Cepat atau lambat datangnya jodoh itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sebagai manusia, kita berusaha dan berdoa. Dalam perhubungan, selalunya wanita malu untuk memulakan.

Sebaliknya lelaki yang perlu mulakan. Wanita pula perlu mempersiapkan diri supaya disunting oleh lelaki idaman. Justeru perlulah tahu apa ciri wanita zaman sekarang yang disukai lelaki.

Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana.

Exit mobile version