Setiap kali Hari Raya sudah pasti hidangan yang dijamu atau disediakan berasaskan daging.
Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutup, dan macam macam lagi hidangan yang sudah pasti menyelerakan dan rugi jika tidak dimakan.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi.
Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol seperti disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Disertakan petua yang dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol.
1. Amalkan minyak zaitun
Makan atau minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan seperti contoh buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, lemon atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yang boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Kepada yang menyambut Hari Raya, raikanlah dengan seadanya. Jaga makan dan jaga kesihatan. Amalkan cara pemakanan yang sihat dan pastikan ikut tips untuk kesihatan
Semua amalkan dalam pengambilan makanan kecuali teh. Memang tidak boleh.
Kakmahh recently posted…71 Tempat menarik di Sabah, Malaysia.(SENARAI TERKINI)
Bagus tips nya!
Memang betul tu, bila raya memang tak dapat mengelak daripada menikmati juadah yang pelbagai, tapi awaslah mesti tahap kolesterol boleh naik hehe
Terima kasih tipsnya, paling suka yang air limau tu – senang nak sediakan. Suplemen pun bagus juga tu 🙂
Jaja | Pengedar Shaklee recently posted…Elak Risiko Sakit Jantung | 5 Petua Turunkan Kolesterol Dalam Darah