Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan matang dalam bercinta mahupun dalam kehidupan.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta?
Hidup berpasangan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya diantara dua sudut hati yang berlainan kemudian bakal menjadi satu.
Rahsia hubungan cinta yang berjaya dan kuat datangnya dari kepercayaan, komitmen diantara pasangan dan persefahaman. Hubungan cinta yang sihat amat penting kerana ia memberi efek psikologi yang juga sihat namun ia memerlukan kesabaran, kerjasama untuk membentuk hubungan yang baik.
1. Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa.
Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2. Menambah ilmu.
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
3. Membaca surat khabar.
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang.
4. Merubah gaya ber-SMS.
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya. Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.
Baca juga : Kahwin Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri
5. Belajar daripada pengalaman.
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.
6. Elakkan daripada bercinta 24 jam!
Cinta 24 jam. Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah. Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.
7. Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan.
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.
8. Ubah penampilan anda.
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.
Baca juga : Bercinta Dengan Pasangan Introvert Yang Misteri
Hubungan cinta yang matang/sihat : Sabar, menghormati, memahami, tiada keraguan, mendengar, percaya, gembira diatas kejayaan pasangan, terima cinta mereka tanpa syarat atau motif, memaafkan, melepaskan jika perlu, ucap selamat tinggal tapi tidak sempurna dan bukan untuk selamanya..
Hubungan cinta yang TIDAK matang : Mendesak pasangan, ada agenda, menolak keikhlasan pasangan, tidak sabar dan tidak toleransi, tidak mahu mendengar, cemburu dan takut, sakit..tapi bukan selalu dan bukan dengan sengaja.
Jadi apakah hubungan anda dengan pasangan? Perbaikinya ketika masih punyai masa