Ramai orang biasa mengalami masalah kurang selesa dalam telinga. Ramai juga yang tidak tahu cara buang tahi telinga yang betul. Antara jalan penyelesaian menggunakan pelbagai peralatan terutama putik kapas bagi membersihkan lilin atau tahi telinga.
Bahkan ramai mempunyai persepsi kehadiran tahi telinga sebagai satu bahan yang menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dan ia perlu dibersihkan setiap masa.
Maka langkah terbaik membuang cairan likat di dalam telinga itu dengan membersihkannya menggunakan pelbagai kaedah termasuklah batang besi halus untuk mengorek keluar ‘kotoran’ itu.
Sebenarnya anggapan mengenai tahi telinga menyebabkan rasa kurang selesa seperti gatal dan perlu dibersihkan adalah tidak tepat bahkan ia boleh memberi kesan buruk pada bahagian itu.
Tahi telinga adalah cairan likat yang penting bagi memastikan habuk atau kotoran luar tidak mudah masuk ke bahagian dalam saluran telinga.
Tahi telinga mempunyai fungsi antibiotik yang melindungi bahagian dalam telinga jika berlaku jangkitan kuman di dalamnya.
Orang ramai tidak perlu mengorek telinga sendiri kerana kotoran pada tahi telinga akan keluar secara semula jadi pada bila-bila masa. Ia akan keluar dalam bentuk gumpalan bersama kotoran yang masuk ke telinga.
Tahi telinga membantu melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, mencegahnya daripada menjadi kering dan gatal serta mengandungi bahan kimia khas bagi menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga turut memerangkap debu, kotoran dan objek lain daripada memasuki telinga anda.
Tanda-tanda ‘impacted ear eax’ iaitu tahi telinga keras
1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.
2. Merasa telinga tertutup atau ‘block’.
3. Mengalami sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam.
Baca juga : Cara Mudah Hapuskan Bubuk atau Kutu Beras
Kebanyakan pesakit mengalami masalah saluran telinga tersumbat kerana mereka mengorek atau membersihkan tahi telinga menggunakan peralatan tidak sesuai.
Putik kapas yang digunakan orang ramai untuk membersihkan telinga boleh mengakibatkan tahi telinga ditolak ke bahagian yang lebih dalam.
Apabila tahi telinga ditolak sentiasa ke bahagian itu, ia akan berkumpul dan menjadi blok yang besar mengakibatkan masalah pendengaran. Keadaan lebih parah jika alat digunakan menyebabkan tisu di dalam telinga luka serta mengakibatkan jangkitan kuman.
Cara terbaik mengeluarkan tahi telinga yang menyebabkan anda tidak selesa adalah berjumpa doktor terutama mereka yang pakar dalam bidang itu kerana mempunyai peralatan khas untuk membersihkan telinga.
Selain ubat titik khas berfungsi mencairkan tahi telinga, doktor pakar akan menggunakan air yang ‘ditembak’ mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahi telinga yang keras dapat dikeluarkan.
Baca juga : 3 Cara Berkesan Rawat Mata Rabun di Rumah
Rawatan dan Cara Buang Tahi Telinga
1. Ubat titis telinga untuk melembutkan tahi telinga akan diberi jika pesakit mengalami simptom seperti hang saya sebutkan.
2. Ear syringing. Ada sesetengah doktor yang menggunakan teknik ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.
3. Teknik paling berkesan ialah ear suctioning dimana doktor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini hanya akan dilakukan jika pesakit ada masalah pada ear wax tersebut. Tidak akan dilakukan jika pesakit tidak ada apa-apa masalah.
Sekiranya orang ramai mengalami masalah kegatalan, ia selalunya bukan disebabkan tahi telinga tetapi berkemungkinan berpunca daripada jangkitan kulat atau alahan. Cara terbaik adalah berjumpa dengan pakar telinga bagi memastikan pesakit tahu secara jelas punca sakit atau rasa kurang selesa di bahagian dalam telinga.
Perkara paling penting jangan mengorek telinga anda kerana ia lebih berbahaya. Berdoalah supaya sakit yang disebabkan tahi telinga yang keras atau tersumbat akan sembuh segera.
Bagusnya ada cara buang tahi telinga ni.. kalau tak main korek je kan.. kita selalu gak telinga gatal.. nanti cuci dengan tuala dan baby oil, okay dah.. makaseh untuk doanya..
Sis Lin recently posted…PANTAS, MUDAH DAN LAZAT UNTUK MAKAN MALAM KELUARGA ORGANIK DENGAN ALCE NERO
Haaa.. sis kena buang tahi telinga dengan cara yang betul yaa. heeee
teringin jugak nak guna yang ni. sebab guna cotton bud memang tak elok. tapi syok . haha
kita dari dulu guna cotton bud. Kena guna yang saiz kecil
astaga, sekali dia buat entri sebab iklan adsense duk menari2 ek..hahahahahha
adik ciksun pernah kena pergi jumpa doktor sebab telinga luka dan bernanah..asbab dari korek telinga lah..now dia pulak yang selalu tegah kitorang korek telinga sebab da pernah kena kan..katanya, doktor cakap benda sama macam dalam entri GB ni, tahi telinga akan keluar dengan sendirinya, tak perlu korek pun..tapi kita ni la jadi geli pulak tengok ada tahi kat telinga orang lain..erkk
Sunah Sakura recently posted…Pertama Kali Naik Fast Ferry Pulau Pinang
Ni dari kisah sebenar bulan lepas sis. Anak kena juga, sampai kita beli ubat titis. Lepas tiga hari baru keluar. Then baru laa boleh cungkil sikit guna alat tu. heeee
Paling seram bersihkan telinga guna batang besi sebab arwah abah tak suka pakai cotton bud. Punya la risau. Sekarang dah ada alat khas nak bersihkan tahi telinga
biasa wak pakai cotton swab je., huhuhu