Tarikh Rayuan GKP 2.0

Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Tarikh Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro. Sehubungan itu, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.

Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Baca juga : Geran Khas Prihatin 2.0 Dibayar bermula 30 November

Keterangan Kod Tidak Lulus Geran Khas Prihatin GKP 2.0

Keterangan Kod Tidak Lulus Geran Khas Prihatin 2.0

Baca juga : Bantuan RM600 Sebulan, Program Subsidi Upah 2.0

Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020. Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

Syarat Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.⠀

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

41 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
nikkhazami
5 years ago

saya tgk bantuan ni banyak tolong usahawan kecil yg terjejas akibat pandemik. harap kerajaan perluas bantuan agar lebih ramai dapat nikmatinya
nikkhazami recently posted…Buat Duit Dengan Affiliate ACCESSTRADEMy Profile

Laila
5 years ago

alhamdulillah masih ada peluang untk mereka yang tak lulus mengemukakan rayuan. Isi borang betul2 tu tau
Laila recently posted…KWSP Umum 2 Kategori Dan Kriteria Layak Memohon i-Sinar Bermula 21 Disember IniMy Profile

mohamed fazrin
mohamed fazrin
4 years ago
Reply to  Laila

keputusan rayuan gkp 2.0 ni bila keluar ya ? lebih sebulan dah tiada keputusan lulus ataupun gagal ni .

Hamizah
Hamizah
5 years ago

Gkp sy tulis LULUS.. pastu Gagal kredit… I harap sggt bila tukar ITU ACC syarikat KEPADA porsonal ACC… Minta lah pihak kerajaan CPT Kan lah Bagi golongan gkp baru 2.0 ni…. Dah tak tau nak pinjam kat mna duit…. Dah lah sy single mother… Stress sggt…

Khazlan
Khazlan
4 years ago
Reply to  Hamizah

Macamana daftar gkp 2021 @apa link utk dftr?

lin
4 years ago
Reply to  Hamizah

GKP dh lulus..tpi gagal kredit..tarikh kemas kini dh terlepas..mcm mne ye nk buat..mohon sape2 boleh bantu cara nye..

Ana Binti Abdul Shukor
Ana Binti Abdul Shukor
4 years ago
Reply to  lin

Begitu juga dgn sya..masih ada harapan ke utk sya mohon GKP..

Hamizah
Hamizah
5 years ago

Duit nak isi minyak keta pun dah tkde ni… Nak DPT Dari mna lagi duit tak la I tau….. Barang kemas pun dah gadai .. MCM kami business sndri lebih Rasa terbeban sggt…dah lah I single mother… Sbb bukan makan gaji .. kena sturggle lebih kuat Dari org lain… Rumah nak byr semua kena tannggung… Harap gkp dapat lah masuk cpt2 ke ACC personal I maybank- 160148893704 atas Nama siti hamizah… sbb I tulis kat gkp ACC syarikat… … Boleh lah Terus sambung hidup sementara ni… nak tggu duit entah dari mana lagi I ni…. Klu tggu 15hb takpe boleh lagi tggu smggu… Klu hujung bulan… Nak mkn ape lah kat rumah ni….. Habuk!

Zaiton Jaafar
4 years ago
Reply to  Hamizah

Saya brniaga kecil2 jee gn suami dh tk kerja…kt mna saya nk pinjam tuk nk buat pusingan niaga..tolonglh luluskn petmohonan saya…sampai nk idupkn ssm xmampu…msa tu time pkp bygkn nme nk cari duit…bantulh kami

Mohd Ibrahim bin Ismail
Mohd Ibrahim bin Ismail
4 years ago
Reply to  Zaiton Jaafar

Assalamualaikum saya meniaga dalam pekan hari di Kedah,SSM dah mati dalam 3thun lepas,Sya pergi ke LHDN, untuk renew,dh xblh,kena buat baru,jadi klu saya buat yg baharu adakah saya layak dapat bantuan ni,saya btul2 memerlukan sgt bantuan tu,

Rauyah
Rauyah
4 years ago

Mcmana nak apply ni

Masniwati Mokhtar
Masniwati Mokhtar
4 years ago
Reply to  admin GB

Keputusan rayuan 7-21/12/2020 macam sunyi je,terus tak diperkatakan,setiap hari sy check,keputusan masih sama #rayuan diproses,bila agaknya tarikh boleh check keputusan rayuan geran 2.0 yg akhir ini ye?

Mohd Nasrun
4 years ago

Xtaw dh nk buat rayuan gkp ni.. Sape2 blh tlong bgitau x.. Xlulus kod 04
Xtaw kat mna nk isi nya rayuan ni
Pliss

Zoe
Zoe
4 years ago
Reply to  admin GB

Bila ya tarikh lulus RAYUAN GPK 2.0?

Leong Wei Ling
Leong Wei Ling
4 years ago

I accidentally filled up the wrong number of the employee, actually include me only 4 ppl.
How to do the rayuan?

Sulaiman bin Ahmad termigi
Sulaiman bin Ahmad termigi
4 years ago
Reply to  admin GB

Macam mana nak apply saya telepas padang macam nak apply untuk rayuan..

mohamad firdaus
mohamad firdaus
4 years ago

kenapa saya nak apply dah masuk ic dengan code tu then tekan semak dia tulis permohonan gkp 2.0 telah ditutup? sesiapa tahu tak?

NURUL AIDA
NURUL AIDA
4 years ago

sy baca ni adalah utk rayuan shj..bukan permohonan baru. sbb sy pon baru nak isikan utk ayah, sbb sebelum ni xsempat isi.. macamana ye?

MUHAMMAD FARHAN BIN ZAIDE
MUHAMMAD FARHAN BIN ZAIDE
4 years ago

Assalamualaikum.. Tumpang tanya, jika geran khas sesi 2.0 adalah kod 01 tidak lulus dan kini saya telah kemukakan rayuan.. akan tetapi dokumen yang saya lampirkan adalah SSM sahaja untuk rayuan, rasa rasa rayuan saya itu lulus ke?

Izakri zakaria
Izakri zakaria
4 years ago

Saya telah diberhentikan kerja smenejak jun 2020. Saya ingin memohon rayuan geran utk memulakan perniagaan nasi kukus berhampiran rumah saya.

nordin bin abdullah
nordin bin abdullah
4 years ago

geran saya telah lulus tetapi duit tidak di masukkan kerana saya guna acoun sharikat.so saya pergi ke lhdn sudah kemaskini kepada acaun persendirian.bilakah akan di bank in duit rm3000?

suman
suman
4 years ago

nak tumpang tanyany permohonan baru x adake,i kat 1jam depan laptop…..x jadi2 ini peninglah..
ini just only rayuan jea

suman
suman
4 years ago

ini buka untuk rayun sahaja,permohonan baru ada x buka,sebap sebelum ini i x buat ……

azizi
azizi
4 years ago

Bila nak tau keputusan rayuan? harini sudah 22hb 12.. kami amat memerlukan bantuan.

Ma NORFAEZAH
Ma NORFAEZAH
4 years ago

Sy dah apply tapi tidak lulus sbb ssm sy dah mati.. sy dah buat ssm yg baru then buat rayuan… rasanya ada harapan lulus Ke?

eizzul
eizzul
4 years ago

ni dah 4/1 bile keputusan untuk rayuan, mintak2 la lulus

Misron Bin Maulud
Misron Bin Maulud
4 years ago

Bilakah tarikh keputusan rayuan gkp 2.0?..sy dh buat rayuan tapi hingga ke hari ini masih tiada jawapan.. dimana sy nak rujuk?

farid
farid
4 years ago

Rayuan GKP 2.0 dah dibuat dan masih menunggu keputusan.Alasan x lulus hari tu sebab syarikat x beroperasi.pandai pulak LHDN semak,bantuan BPH/BPN x dpt gak,sebab konon dah ade SSM.bab tu xnak pulak LHDN semak.sy hidupkan je sebab xnak rugi sijil SSM tu,so harap faham laaaa situasi kami ni

haris arifin
haris arifin
4 years ago

saya tak sempat memohon gran khas prihatin 2.0
bilakah lagi akan dibuka untuk saya membuat permohonan.
sedangkan saya masih aktif menjalankan perniagaan saya. dan terkesan dengan covid 19

Hamizah binti Muhammad
Hamizah binti Muhammad
4 years ago

Salam…sya harap ada pertimbangan dr pihak lhdn sy xlulus kod 01 masa rayuan sy lampirkan ssm bkn bank statement…mngkin kesilapan sy sbb x paham apa yg diminta…tp sy masih aktif meniaga dn ssm pun masih aktif….harap2 ada pertimbangan dr pihak lhdn utk sy dapat kelulusan bantuan gkp 2.0 ni…