Assalamualaikum dan salam sejahtera. Huargghh! Mengantuknya. Setelah dua hari berehat di hujung minggu terasa lemah je badan untuk masuk ke pejabat hari ini. Nak elak mengantuk, macam mana ni? Kan best kalau sambung rehat.
Mungkin ini merupakan salah satu perasaan buat pembaca yang bekerja dalam sektor kerajaan ataupun swasta.
Tatkala mendengar sahaja hari Isnin pasti terasa malas untuk bangun pergi kerja. Kan? Tetapi untuk berjaya kita tidak boleh bersikap sebegini. Kena terus berusaha untuk menggapai impian. Dengan bekerja inilah kita dapat dapat mencari sesuap nasi buat insan tercinta. Jadi jangan malas-malas ya.
Artikel hari ini adalah berkenaan beberapa langkah untuk mengelakkan mengantuk semasa berada di tempat kerja :
1. Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.
2. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.
Baca juga : Penipuan Terancang, Ini Cara Elak Ditipu Scammers
3. Dengar Muzik Elak Mengantuk
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
4. Elak Mengantuk dengan Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk.
Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.
Baca juga : Bahaya Microsleep, Ini Cara Berkesan Untuk Elakkan Berlaku
Ini antara langkah-langkah yang dapat disenaraikan. Boleh cuba mengikut kesesuaian. Yang penting jangan tidur semasa melakukan kerja ya.
Semoga bermanfaat.