Satu fenomena ribut solar dijangka melanda Bumi hari ini yang berpotensi menyebabkan masalah-masalah utama kepada grid elektrik. Menurut Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA), fenomena tersebut diramal sampai ke Bumi sekitar pukul 12 tengah malam ini.
Ia diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik yang kecil dan sederhana.
Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari lubang korona tiba dan mungkin meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif.
Apakah itu ribut solar?
Ribut suria atau Coronal Mass Ejection seperti yang disebut oleh ahli astronomi, adalah penyingkiran zarah yang sangat bermagnet dari matahari. Zarah-zarah ini dapat menempuh jarak beberapa juta km per jam dan memerlukan sekitar 13 jam hingga lima hari untuk sampai ke Bumi.
Atmosfera bumi melindungi manusia daripada zarah-zarah ini. Tetapi zarah-zarah itu dapat berinteraksi dengan medan magnet Bumi kita, menyebabkan arus elektrik yang kuat di permukaan dan mempengaruhi struktur buatan manusia.
Ribut suria yang pertama direkodkan berlaku pada tahun 1859 dan ia mencapai Bumi dalam kira-kira 17 jam. Ia mempengaruhi rangkaian telegraf dan banyak pengendali mengalami kejutan elektrik. Ribut matahari yang berlaku pada tahun 1921 memberi kesan kepada sistem telegraf dan landasan kereta api New York dan ribut skala kecil lain meruntuhkan grid kuasa di Quebec, Kanada pada tahun 1989.
Baca juga : Saintis China Cipta “Matahari Tiruan” HL-2M Tokamak
Fenomena Suar Matahari
Ribut solar berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar Matahari yang digelar Lontaran Massa Korona (CME). Ia merupakan satu pengusiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona.
Suar Matahari tersebut boleh memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan mengganggu signal radio. Bagaimanapun, medan magnetik Bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih ekstrem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.
Menurut satu kajian yang diadakan pada tahun 2008, andai ribut solar sekuat Carrington Event berlaku pada zaman moden, mereka menganggarkan kerosakan berjumlah $2 trillion (RM8.3 trillion) perlu ditanggung.
Pengkaji NASA sejak dulu kerap memberikan amaran berkenaan kesan cuaca angkasa dan kesan buruknya ke atas bumi. Risiko yang bakal kita tanggung akibat ribut solar ketika ini amat berbeza dengan apa yang pernah berlaku dalam tahun 1770 dan 1859 kerana elektrik sudah menjadi sebahagian daripada keperluan kita.
Menurut Professor Hayakawa, jika bumi mengalami ribut solar dalam tempoh yang panjang ketika ini, orang ramai akan menghadapi kerosakan disebabkan oleh gelombang magnet yang timbul yang mampu merosakkan banyak peralatan elektrik. Gelombang magnetik ini akan menyebabkan kerosakan pada sistem komunikasi, pendedahan radioaktif pada pesawat, kerosakan sistem GPS dan sebagainya.
Pasukan tentera udara Amerika Syarikat juga mempunyai unit khas mengkaji kewujudan pancaran solar dari matahari bagi memastikan tidak ada penerbangan dilakukan sekiranya pancaran solar mengenai bumi kerana ini akan menyebabkan peralatan penerbangan terjejas.
Alamak..seram pulak baca..tapi sekarang memang cuaca panas lain macam..
cukup menakutkan perkara begini berlaku kepada kita
mrhanafi recently posted…Netcommerce: Model bisnes terbaik masa kini