Touch n Go Malaysia telah menaik taraf kad TNG dengan teknologi baru yang membolehkan anda tambah nilai pada bila-bila masa, di mana sahaja, untuk gaya hidup tanpa sentuh, tanpa tunai dan mudah. Tahukah anda apakah teknologi NFC dan bagaimana cara menggunakan dan memanfaatkan teknologi ini? Jom lihat info terkini berkaitan kad TNG terbaharu dengan teknologi NFC.
Apakah Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC?
Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.
Ia boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.
Anda hanya perlu memastikan kad TNG yang dinaik taraf anda mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.
Perbezaan Antara Kad Touch ‘n Go berteknologi NFC dengan kad Touch n’ Go yang lama
Kad TNG yang dinaik taraf ini dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication (NFC)”, untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n’ Go eWallet.
Kad keluaran Touch ‘n Go versi lama tidak mempunyai ciri ini.
Oleh itu, hanya Kad TNG yang dinaik taraf yang dijual melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG boleh digunakan untuk menambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas).
Untuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah):
Kad Touch ‘n Go edisi klasik | Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dengan teknologi NFC |
1. Bayaran tol 2. Tambang Keretapi & bas 3. Pembayaran di kedai 4. Parkir | 1. Bayaran tol 2. Tambang Keretapi & bas 3. Pembayaran di kedai 4. Parkir 5. Semak baki melalui eWallet 6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet 7. Beli melalui eWallet |
Kad TNG yang dinaik taraf dan kad TNG lama boleh ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.
Apakah NFC?
“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.
Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
- Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
- Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi.
Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
- Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf
Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.
Harga Kad Touch ‘n Go (TNG) Baru Yang Dinaik Taraf
Sekeping kad TNG yang dinaik taraf dengan keupayaan “Near Field Communication” (NFC) ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.
Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.
Cara Pembelian
I) Pembelian Offline (Di Kedai Fizikal)
Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di stesen minyak yang terpilih.
Sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf, sila pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) jika kad anda ingin mempunyai keupayaan untuk menambah nilai kad melalui Touch ‘n Go eWallet.
II) Pembelian Online (Melalui e-Wallet Touch n Go)
Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi
Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad
Langkah 3: Klik Order Now
Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now
Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)
Cara Link Kad Touch N Go Baru Dengan e-Wallet TNG
Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
- Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYC
- Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
- Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf
Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan
Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC
Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:
Langkah 3: Klik pada Scan Now atau ikon
Langkah 4: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda
Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda
Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem
Langkah 7: Tekan butan Add
Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf
Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda
Cara Tambah Nilai Kad TNG Baru Secara Online Dengan NFC
Setiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.
Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:
i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet
Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload
Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda
Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500
Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda
Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!
Telefon bimbit mempunyai ciri NFC
Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda
Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.
ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada
Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.
Maklumat lanjut
Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila menghubungi kami melalui e-Customer service di sini atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.
Hotline : +603 2714 8888
Emel : careline @touchngo.com.my
Webform : https://customerservice.touchngo.com.my/eservices/
Facebook : www.facebook.com/MyTouchnGo
Twitter : www.twitter.com/MyTouchnGo
Laman web rasmi: https://www.touchngo.com.my/
senanglah dah ada system camni tak payah nak risau kalau topup tak cukup.
shamiera osment recently posted…HARLEY RAYA BERSAMA HISENSE OFFERS DISCOUNTS UP TO RM6,000