Jenis fobia

Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti. Itu sebabnya, pengidap tersebut sering dijadikan bulan bulanan oleh teman sekitarnya

Meskipun seseorang itu dilihat mampu menjalani aktiviti hariannya secara normal, namun tiada siapa tahu rasa ketakutan berlebihan atau fobia yang dia perlu tangani sendiri. Pun begitu, ia hanyalah berlaku kepada segelintir sahaja umat manusia yang berpunca daripada masa lalunya ataupun secara semulajadi.

Untuk makluman, fobia ada banyak jenis tetapi hanya 5 jenis sahaja yang boleh dikatakan sering kita lihat dan terjadi pada diri atau kenalan terdekat.

  • Nomofobia
    Bagi yang tidak boleh berjauhan dengan telefon pintar, mungkin anda tergolong dalam golongan ini. Ciri-ciri fobia jenis Nomofobia dikenalpasti bilamana seseorang itu tidak memiliki akses terhadap telefon bimbit, kehilangan signal atau kehabisan bateri. Namun, hal ini belum diakui dari aspek perubatan dan kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 50% orang mengalami rasa takut jika telefon mereka tertinggal di rumah.

  • Gephyrofobia
    Penderita Gephyrofobia akan mengalami rasa takut melampau terhadap jambatan sama ada melihat atau melaluinya. Mereka akan berasa sangat loya dan pening serta hilang keseimbangan badan, malah degupan jantung mereka juga berdebar dengan sangat laju.
fobia jambatan
  • Filofobia
    Menurut pakar, daripada banyak-banyak jenis fobia, filofobia antara yang paling menyedihkan kerana rasa ketakutan yang berlebihan dialami ketika menjalinkan hubungan mesra. Kebiasaannya, ia berpunca dari masa lalu yang membuatnya tidak ingin lagi untuk jatuh cinta dan menjalinkan hubungan.

  • Ergofobia
    Fobia seterusnya dikaitkan dengan situasi ketika sedang bekerja. Ergofobia menggabungkan perasaan takut dan perasaan gagal dalam menjalinkan tugas, yang mana ia ditunjukkan di hadapan orang ramai. Dalam pada itu, mereka juga akan berasa takut untuk bersosial bersama rakan sekerja serta boleh mengalami tekanan mental disebabkan penderitaan fobia ini.
haphephobia
  • Haphefobia
    Takut disentuh orang lain merupakan ciri-ciri bagi penghidap fobia jenis haphefobia. Menurut sumber, ia boleh berlaku sejak dilahirkan dan boleh juga akibat trauma di masa lalunya seperti penderaan atau pemerkosaan. Penderita haphefobia akan berasa panik jika disentuh, bahkan dalam beberapa kes ada pesakit dilaporkan tidak boleh bernafas dan juga berasa mual.

Dalam keadaan normal setiap orang memiliki kemampuan mengendalikan rasa takut. Akan tetapi bila seseorang terdedah kepada terus menerus dengan subjek Fobia, hal tersebut berpotensi menyebabkan berlakunya fiksasi. Fiksasi adalah suatu keadaan di mana mental seseorang menjadi terkunci, yang disebabkan oleh ketidak-mampuan orang yang bersangkutan dalam mengendalikan perasaan takutnya.

Ada yang fobia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge