Ustaz kazim kena sihir

Minggu lalu, kecoh di media sosial akan sakit kulit misteri yang terpaksa dihadapi oleh penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias  atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengakui seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya bagi meminta maaf kerana menyihir dirinya. Beliau berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual eksklusif yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kosmo! Online.

Menurut Ustaz Kazim, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak dihadapannya.

Baca juga : Angkara Dimalukan di FB, Balas dengan Sihir Dendam Kesumat 5 Serangkai

Ustaz Kazim

Artikel berkaitan : Jumpa Duit Syiling, Pekerja Kerap Bergaduh. Awas! Penangan Sihir Perniagaan

https://youtube.com/shorts/nueFWX-2llU

Antara sebab sesetengah individu sanggup berbuat perkara ‘keji’ itu kerana perasaan hasad dengki serta faktor rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,”.

Ustaz Kazim kini menjalani rawatan secara tradisional dan moden untuk mengubati masalah kesihatan yang ditanggungnya sejak bertahun lalu.

Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.

Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge