Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Productions Sdn Bhd.
Dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai pelakon utama, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan. Filem ini ditayangkan bermula pada 23 Jun 2022.
Tayangan filem di pawagam contohnya bermula hari khamis ini hingga rabu minggu depan. (7 hari). Untuk kiraan kutipan filem, ada perbezaan setiap minggu dan ia dibahagikan kepada tiga.
Contoh jika minggu pertama ;
25% = cukai hiburan, bakinya ;
50% = pawagam
50% = producer
Untuk minggu kedua, pawagam naik 5%
25% = cukai hiburan ; bakinya
55% = pawagam
45% = producer
Untuk minggu ketiga, pun pawagam naik 5%
25% = cukai hiburan ; bakinya
60% = pawagam
40% = producer
Untuk minggu keempat, pun pawagam naik 5%
25% = cukai hiburan ; bakinya
65% = pawagam
35% = producer
Jadi, jika contoh minggu pertama dapat RM21 juta ;
Cukai = RM5.25 juta
pawagam = RM7,875,000
producer = RM7,875,000
Minggu lain, kiraan lain lah selepas tu. Kita jangan lihat angka besar, kita dah kata dah balik modal.. dah ada untung besar. Cuma hakikatnya baru nak ‘berdehem’ sedikit.
Apa-apa pun, cukai hiburan 25% memang termaktub dikira. Pengecualian cukai tertakluk kepada permohonan kepada badan berkaitan. begitulah serba sedikit kiraan kutipan filem di Malaysia.
Jadi, jom kita bagi full support untuk Filem Mat Kilau. Bagi rancak berpencak bergempa di panggung wayang.
Info kiraan : Mawi
Owh baru Laila tahu ada kiraan macam ni. Mawi tu sapa? haha
Laila recently posted…Takaful Al-Shams – Pelan Hibah Takaful Khas Gerenti Lulus Untuk Mereka Yang Ada Masalah Kesihatan & Peluang Jana Pendapatan
Cahaya Asmawi lah. Oh Mawi. Heeee
Dapat 50% pun cukup besar kepada producer kerana pawagam bukan sedikit yang menyiarkan filem tersebut
mrhanafi recently posted…Khaby Lame jadi raja Tiktok dunia 2022