Pasangan yang romantik

Cinta jarak jauh? Walaupun ia tidak berlaku pada semua pasangan tetapi situasi ini tetap ada atas sebab tertentu. Tanyalah sesiapa pun pasti mereka tidak sanggup untuk berjauhan. Ramai pasangan yang dah berkahwin mengimpikan untuk tinggal bersama namun dek kerana tuntutan kerja dan pelbagai faktor demi kelangsungan hidup terpaksa direlakan.

Kali ini dikongsikan beberapa tip untuk terus menyemarakkan rasa cinta bagi pasangan yang tinggal berasingan dan jarak jauh.

  1. Percaya pada pasangan.

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita mestilah percayakannya dengan sepenuh hati. Betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam hidup berpasangan ini. Percayalah padanya yang akan setia dan masih menyayangi kita walaupun jarak memisahkan.

2. Setia walaupun jauh.

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila berjauha. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Pada masa inilah hati kita akan digoda dengan persekitaran seperti terlihat pasangan yang sedang berdua-duaan. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia?

Letakkanlah diri kita di tempatnya, adakah kita akan gembira dan suka jika kita diperlakukan sedemikian?

Pasangan merajuk

3. Berjumpalah walaupun seketika.

Jangan jadikan jarak sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Jika ada cuti, luangkanlah sedikit masa untuk berjumpa dengannya. Pasti si dia akan teruja untuk berjumpa. Malah yang mempunyai anak apa salahnya meluangkan masa dengan membawa mereka bercuti untuk melepaskan kerinduan.

4. Selalu berhubung.

Walaupun jauh tidak menjadi penghalang bagi pasangan untuk berhubung. Sentiasa memastikan diri berhubungan sangat penting agar ikatan terus kukuh walaupun jarak dan masa memisahkannya.

5. Ingat hari-hari penting.

Bukan mudah untuk mengingati hari-hari penting. Namun tiada alasan sebenarnya kerana ia untuk kebaikan antara kamu berdua. Apa salahnya masing-masing mengingatinya kerana ia boleh menjadi satu kejutan istimewa kepada pasangan tambah lagi anda sememangnya jarang berjumpa.

Baca juga : Dugaan Bergelar Janda, Sering Dipandang Serong Orang

cinta jarak jauh

6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah.

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati apabila rindu itu datang. Jika keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

7. Sentiasa buat pembaharuan.

Apa salahnya anda buat kejutan yang tidak disangka kepada pasangan. Pembaharuan ini bukan sahaja menggembirakan hati tetapi mewujudkan rasa berkasih sayang. Paling mudah jika sebelum ini anda tidak pernah memasak untuk isteri, apabila berjumpa dengannya cuba buat menu hasil air tangan anda.

Walaupun ringkas sudah cukup memuaskan hati sambil selitkan dengan kata-kata romantik. Usah fikir hanya pasangan romantik sahaja boleh melakukannya.

2 Comments

  1. Betul, asalkan ingat pada tanggungjawab masing-masing dan ingat dosa pahala Insyallah tiada istilah curang akan wujud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge